PENGENALAN
Dinasti ini mulai berkuasa
pada tahun 1250-1517 M, yang terbagi dalam dua Mamalik yakni Mamalik Bahri yang
berkuasa sampai dengan tahun 1382 M dan Mamalik Burji, sejak tahun 1382 sampai
dengan tahun1517 M. Dinamakan dengan Mamalik Bahri karena semua budak-budak
menjadi pengawal menempati al-Ramdat di sungai Nil (al-Bahr) dan dinamakan
Mamalik Burji karena Sultan Qalawun menempatkan para budak di benteng (al-Burj)
Kairo.
Di Mesir, mereka ditempatkan
di pulau Raudhah di Sungai Nil untuk menjalani latihan tentera. Dan kerana
itulah, mereka dikenali dengan julukan Mamluk Bahri (laut). Saingan mereka dalam
ketenteraan pada masa itu adalah tentera yang berasal dari suku Kurdi.
ASAL USUL MAMLUK
Khalifah al-Muktasim yang
menggantikan Khalifah al-Ma’mun menerajui kerajaan Abbasiyyah merupakan
individu yang pertama memperkenalkan dan bertanggungjawab membawa golongan
Mamluk ke dalam sistem pentadbiran Negara menerusi sistem ketenteraan. Kewujudan
pasukan tentera Mamluk dalam sistem pentadbiran Abbasiyyah telah membuka era
baru dalam sejarah dan sistem ketenteraan Islam.
Penggunaan tentera Mamluk pada
mulanya tidak dianggap sebagai satu elemen penting dalam pasukan ketenteraan
Negara sehinggalah kerajaan Ayyubiyyah menaikkan taraf penggunaan mereka dalam
bidang ketenteraan dan sekaligus dalam pentadbiran Negara.
Mamalik adalah jamak dari Mamluk yang
berarti budak atau hamba. Dinasti Mamluk ini memang didirikan oleh para hamba.
Mereka pada mulanya adalah orang-orang yang ditawan oleh penguasa Dinasti
Ayyubiyyah sebagai hamba, kemudian dididik dan dijadikan tenteranya. Mereka
ditempatkan pada kelompok tersendiri yang terpisah dari masyarakat. Pada masa
penguasa Ayyubiah yang terakhir, Al-Malik Al-Salih, mereka dijadikan pengawal
untuk menjamin kelangsungan kekuasaannya. Dan mereka juga mendapat hak-hak
istimewa di masa itu, baik dalam bidang ketenteraan maupun dalam perolehan
benda-benda.
Golongan Mamluk ini berasal dari berbagai
suku bangsa di wilayah Balkan, Asia Kecil, dan Transoksiana, yang sering
disebut dengan suku bangsa Turki (at-turk), sehingga pemerintahan mereka
dinamakan Daulah at-Turk.
Suku-suku bangsa Mamluk adalah
Turkoman, Kurdi, Romawi, Turki, Circasian, dan Kaukasus ( Qapjaq ). Di negeri
asalnya, mereka adalah suku-suku pengembara
yang hidup berpindah-pindah tempat. Di musim panas, mereka menempati
suatu wilayah dan di musim sejuk, mereka mencari wilayah lain yang lebih
sesuai.
Merampas Kuasa Dinasti Ayyubiyah
Terbentuknya dinasti Mamluk di
Mesir tidak dapat dipisahkan dan dinasti Ayyubiyah ketika terjadi perebutan
kekuasaan antara al-Malik as-Shalih dan al-Malik al-Kamil. Dalam perebutan
kekuasaan ini, para tentara yang berasal dan suku Kurdi memihak kepada al-Malik
al-Kamil, sementara para budak yang tergabung dalam Mamluk Bahri mendukung
al-Malik as-Shalih. Dalam perebutan kekuasaan ini, al-Malik as-Shalih mampu
mengalahkan al-Malik al-Kamil.
Ketika Al-Malik Al-Salih meninggal ( 1249 M
), anaknya Turansyah, naik tahta sebagai Sultan. Turonsyah datang dari
Mesopotania pada bulan Februari 1250 M di Mesir . Golongan Mamalik merasa terancam karena Turansyah lebih dekat
kepada tentera asal Kurdi daripada mereka. Pada tahun 1250 M, Mamalik di bawah
pimpinan Aybak dan Baybars berhasil membunuh Turansyah.
Isteri Al-Malik Al-Salih,
Syajarah Al-Durr, seorang yang juga
berasal dari kalangan Mamalik mengambil pemerintahan, sesuai dengan
persepakatan golongan Mamalik, yang berkuasa lebih kurang tiga bulan. Sepanjang
tempoh tersebut, beliau telah dibantu oleh ‘Izzuddin Aybak. Perlantikan seorang
wanita sebagai pemerintah telah menimbulkan kedaan huru hara dan pemberontakan
terutamanya di Syria. Sebahagian besar para pembesar Ayyubi enggan memberi
bay’ah kepada beliau. Begitu juga dengan kerajaan Abbasiyyah di Baghdad turut
menolak beliau.
Muiz Aybak
Sebenarnya terdapat beberapa orang yang
berambisi untuk menjadi sultan, seperti Aybak, Baybar dan Qutuz. Dengan
dukungan para Amir Aybak disepakati menjadi wakil al-Dur dalam mengendalikan
tugas-tugas pemerintahannya. Syajarah
Al-Durr kemudiannya, bernikah Aybak dan menyerahkan tampuk kepemimpinan
kepadanya sambil berharap dapat terus berkuasa di belakang tabir.
Selepas berkahwin ‘Izzuddin
Aybak telah dilantik sebagai sultan dengan gelaran al-Malik al-Muiz bagi
melenyapkan kontroversi yang mempertikaikan kepimpinan Shajar al-Dur sebagai
sultanah. Pemerintahan al-Muiz Aybak memakan masa selama 7 tahun.
Kedudukan Aybak terancam
setelah beliau menaiki takhta. Beliau turut menghadapi ancaman daripada Aqtay
yang meminta supaya kedudukannya diangkat dan dibenarkan tinggal di istana
bersama-sama dengan Aybak. Akhirnya Aqtay dibunuh pada 3 Syaaban 652H / 18
September 1245M.
Pembunuhan yang berlaku ini
menyebabkan sekumpulan Mamluk Bahri melarikan diri dari Mesir ke Syria kerana
bimbangkan keselamatan mereka. Di Mesir, Aybak telah menghapuskan saki baki
Mamluk Bahri yang masih ada di Mesir sehinggakan kuasa mereka di sana mula
berkurangan. Situasi ini memudahkan Aybak mengambil kesempatan menggulingkan
Sultan al-Malik al-Ashraf Musa iaitu Sultan Syria. Aybak kembali menggelarkan
dirinya sebagai sultan pada 652H / 1254-1255M.
Keadaan ini disedari oleh
Shajar al-Dur yang mendapati Aybak cuba menjatuhkannya sedikit demi sedikit
apabila Aybak mengambil keputusan ingin mengahwini anak perempuan pemerintah
al-Mawsil. Beliau mengharapkan simpati daripada amir-amir lain membunuh Aybak.
Akhirnya Aybak dibunuh oleh Shajar al-Dur pada 24 Rabiul Awal 655H / 11 April
1257M.
Tindakan itu telah menimbulkan
kemarahan pengikut setia Aybak iaitu Qutuz. Qutuz telah melantik putera Aybak
iaitu Nur al-Din Ibn Aybak yang ketika itu berusia 15 tahun sebagai sultan
dengan gelaran al-Malik al-Mansur. Selepas
perlantikan itu, Shajar al-Dur dibunuh oleh orang suruhan isteri Aybak iaitu
ibu kepada Nur al-Din Ibn Aybak pada 27 Rabi’ al-akhir 655H / 14 Mei 1257M.
Syaf al-Din Qutuz
Selepas kematian Shajar al-Dur, Qutuz yang
dilantik sebagai Atabek sultan yang baru membuat keputusan untuk menggulingkan
sultan al-Malik Mansur dan melantik dirinya sendiri sebagai sultan. Selepas
kejadian itu Qutuz mengakui dirinya sebagai sultan dengan gelaran al-Malik
Muzaffar Saif al-Din Qutuz (Al-Maqrizi. 1957: 417).
Dimasa pemerintahan Qutuz,
dinasti Mamluk mendapat ancaman dan tentara Mongol. Mereka telah menghancurkan
Bagdad dan maju ke sungai Euprat menuju Syiria dan selanjutnya melintasi gurun
Sinai menuju Mesir. Sebelum menyerbu Mesir, tentara Mongol yang dipimpin
Kitbuga meminta kepada Qutuz untuk menyerah kepada Hulagu di Bagdad, akan
tetapi Qutuz menolak perrnintaan itu bahkan membunuh utusannya.
Tentara Mongol dengan
diperkuat oleh Armenia dan Georgia melintasi Yordania menuju Galilea, tentara
Mamluk di bawah komando Qutuz dan Baybar bergerak ke arah tenggara menghadang
tentara Mongol sampai kemudian terjadilah perang di Ain Jalut yang berakhir
dengan kekalahan tentara Mongol. Kemenangan di Ainjalut juga membangkitkan
semangat Islam di wilayah-wilayah lain untuk melawan tentara Mongol di
sekitarnya.
Zahir Baybars
Setelah Qutuz meninggal dunia, Baybars,
seorang pemimpin tentera yang teguh dan cerdas, diangkat oleh pasukannya
menjadi Sultan ( 1260-1277 M ). Beliau adalah sultan yang terbesar dan termasyhur
di antara 47 Sultan Mamalik. Ia pula dipandang sebagai pembangun hakiki dinasti
Mamalik kerana kerajaannya yang begitu utuh dan kuat.
Baybars telah mewujudkan satu
peristiwa penting selama pemerintahannya dengan melakukan bai’ah terhadap
al-Muntasir (1226M-1242M) sebagai khalifah boneka. Baybars telah menjalinkan
hubungan dengan Konstantinople, Cicilia dan Berke.
Pada tahun 1263, Baibars
menyerang Acre, ibu kota bagi bekas Kerajaan Jerusalem, tetapi tidak berjaya
menawannya. Meskipun begitu, baginda mengalahkan tentera salib di dalam
pertempuran-pertempuran lain.
Pada tahun 1266 Baibars
menakluk negara Kristian Cilician Armenia, yang mana di bawah pemerintahan Raja
Hethum I, yang telah tunduk kepada Empayar Mongol. Ini memisahkan Antioch dan
Tripoli, yang pada masa itu diketuai oleh abang ipar Hetum, Putera Bohemond VI.
Pada tahun 1268, Baibars telah
mengepung Antioch, dan menawan kota ini pada 18 Mei. Pemerintah Antioch, Putera
Bohemund VI dari Antioch, kehilangan kesemua wilayahnya kecuali County of
Tripoli.
Tentera Mamluks di bawah
pemerintahan Baibars (kuning) bertempur dengan Franks dan Mongol semasa Perang
Salib Kesembilan.
Baibars kemudian mengalih
perhatian ke Tripoli, tetapi kemudian menghentikan pengepungannya selepas satu
gencatan senjata ditandatangani pada Mei 1271. Kejatuhan Antioch telah membawa
Perang Salib Kesembilan yang singkat, dengan diketuai oleh Edward I dari
England, yang tiba di Acre pada Mei 1271 dan cuba untuk bersekutu dengan Mongol
untuk menentang Baibars. Baibars kemudian mengistiharkan perjanjian damai
dengan Tripoli, dan juga bersetuju berdamai dengan Edward (yang tidak pernah
berjaya menawan sebarang wilayah daripada Baibars).
Pada tahun 1277, Baibars telah
menyerang Kesultanan Seljuk Rûm, yang mana kemudian dikuasai berjaya dikuasai
oleh Mongol. Baginda mengalahkan tentera Mongol di Pertempuran Elbistan,
menawan kota Kayseri, tetapi tidak berjaya mempertahankan sebarang wilayah
taklukan baginda di Anatolia. Baginda kemudian telah berundur kembali ke Syria.
Baibars meninggal dunia di
Damsyik pada 1 Jun, 1277. Beliau digantikan oleh anaknya Al-Said Muhammed Barakah Qan.
Adapun sultan-sultan yang pernah menjadi penguasa dinasti
Mamluk adalah sebagai berikut:
A. Dinasti Mamluk Bahri
No
|
Thn. H
|
Thn M
|
Sultan-Sultan Mamluk
|
1
|
648
|
1250
|
Syajar al-Dur
|
2
|
648
|
1250
|
Muiz Aybak
|
3
|
655
|
1257
|
Nur Al-Din Ali
|
4
|
657
|
1259
|
Syaf al-Din Qutuz
|
5
|
658
|
1260
|
Zahir Bayabars
|
6
|
678
|
1277
|
Baraka Khan
|
7
|
678
|
1279
|
Bar al-Din
Salamish
|
8
|
678
|
1279
|
Mansur Qalawun
|
9
|
689
|
1290
|
Asyraf Khalil
|
10
|
693
|
1293
|
Nasir al-Din
Muhammad
|
11
|
984
|
1294
|
Zayn al-Din
Kitbugh
|
12
|
696
|
1296
|
Husam al-Din
Lajim
|
13
|
698
|
1298
|
Nasir Muhammad
|
14
|
708
|
1308
|
Rukh al-Din
Baybar
|
15
|
709
|
1309
|
Nasir Muhammad
|
16
|
741
|
1340
|
Sayf al-Din Abu
Bakar
|
17
|
742
|
1342
|
Shihab
al-Din Ahmad
|
18
|
742
|
1342
|
Imad al-Din
Ismail
|
19
|
746
|
1345
|
Sayf al-Din
Sya’ban
|
20
|
747
|
1346
|
Sayf al-Din
Hajji
|
21
|
748
|
1347
|
Nasir al-Din
Hassan
|
22
|
752
|
1351
|
Salah al-Din
Shalih
|
23
|
755
|
1354
|
Nasir Hassan
|
24
|
762
|
1361
|
Mansur Muhammad
|
25
|
764
|
1363
|
Ashraf Sya’ban
|
26
|
778
|
1367
|
‘Ala al-Din Ali
|
27
|
783
|
1381
|
Salah al-Din
Hajji
|
28
|
784
|
1382
|
Barquq
|
29
|
791-792 H
|
1389-1309 M
|
Salah al-Hajji
|
B.
Dinasti Mamluk Burjiy
No
|
Thn. Hijriyah
|
Thn.
Masehi
|
Sultan-Sultan Mamluk
|
1
|
784
|
1382
|
Sayf al-Din
Barquq
|
2
|
801
|
1398
|
Nasir Faraj
|
3
|
808
|
1405
|
Mansur Abd. Azis
|
4
|
809
|
1405
|
Nasir Faraj
|
5
|
815
|
1412
|
Musta’in
|
6
|
815
|
1412
|
Muayyad Shaukh
|
7
|
824
|
1421
|
Muzaffar Ahmad
|
8
|
824
|
1421
|
Safy al-Din
Attar
|
9
|
824
|
1421
|
Nasir al- Din
Muhammad
|
10
|
825
|
1422
|
Sayf al-Din
Barsbay
|
11
|
842
|
1433
|
Jamal al-Din
|
12
|
842
|
1433
|
Syaf al-Din
Jaqmafy
|
13
|
1460
|
Fakrul al-Din
Ahmad
|
|
14
|
857
|
1453
|
Sayf al-Din Inal
|
15
|
865
|
1460
|
Shihab al-Din
Ahmad
|
16
|
865
|
1461
|
Sayf al-Din
Khushaq
|
17
|
872
|
1468
|
Sayf al-Din
Bilbey
|
18
|
872
|
1468
|
Zahir Timurbugha
|
19
|
873
|
1478
|
Sayf al-Din Qait
Bay
|
20
|
901
|
1495
|
Nasir Muhammad
|
21
|
904
|
1498
|
Zahir Qansuh
|
22
|
905
|
1499
|
Asgraf Janbalat
|
23
|
905
|
1500
|
Qunsuh al-Ghuri
|
24
|
922-923
|
1516-1517
|
Tuman Bay
|
No comments:
Post a Comment