Latar belakang
Dinasti
Saljuk berasal dari beberapa kabilah kecil rumpun suku Ghuzz di wilayah
Turkistan di Asia Tengah atau dengan tepatnya Transoxania atau Ma Wara’ al-Nahar atau
Mavarranah. Dinasti Saljuk dinisbahkan kepada Saljuk Ibn Tuqaq. Tuqaq (ayah
Saljuk) adalah pemimpin suku Oghus (Ghuzz atau Oxus) yang menguasai wilayah
Turkistan, tempat mereka tinggal.
Transoxania |
Saljuk Ibn
Tuqaq
Saljuk Ibn
Tuqaq pernah menjadi panglima imperium Ulghur yang ditempatkan di selatan
lembah Tahrim dengan Kashgar sebagai ibukotanya. Karena merasa tersaingi kewibawaan, permaisuri
raja Ulghue merencanakan pembunuhan terhadap Saljuk. Akan tetapi, sebelum dapat direalisasikan,
rencana itu sudah diketahui oleh Saljuk. Dalam rangka menghindari pembunuhan, Saljuk
dan orang-orang yang setia kepadanya menyelamatkan diri dengan melarikan diri
ke arah Barat, yaitu daerah Jundi (jand), suatu daerah yang merupakan bagian
dari Asia Kecil yang dikuasai oleh dinasti Samaniyah yang dipimpin oleh Amir
Abd al-Malik Ibn Nuh (954-961 M).
Kashgar, Uighur |
Amir Abd al-Malik Ibn Nuh mengizinkan Saljuk tinggal di Jundi, dekat Bukhara. Terkesan oleh kebaikan Amir Abd al-Malik Ibn Nuh, Saljuk dan pengikutnya memeluk Islam aliran Sunni sesuai dengan aliran yang dianut oleh masyarakat setempat. Saljuk Ibn Tuqaq membalas jasa kebaikan Amir Abd al-Malik Ibn Nuh dengan membantunya mempertahankan dinasti Samani dari serangan musuh. Saljuk membantu dinasti Samani dalam menghadapi serangan-serangan dinasti Ulghur. Dalam satu perang tersebut, Saljuk mati terbunuh dan ia meninggalkan tiga orang anak yaitu: Arselan, Mikail, dan Musa.
Sepeninggalan Saljuk, pimpinan suku dipegang oleh Mikail. Akan tetapi, ia pun gugur ketika perang melawan dinasti Ghaznawi yang hendak merebut Khurasan dari Samaniyah. Di bawah pimpinan anak Mikail, Tughrul dan Chagri, dinasti Seljuq berhasil merebut Naisapur (1037), Balkh, Jurjan, Tabaristan, Ray, Isfahan, serta mengalahkan Mahmud Ghazna pada pertempuran Dandanagan, 23 Mei 1040.
Dengan kemenangan ini, Bani Seljuq resmi menjadi penguasa wilayah Khurasan menggantikan Dinasti Ghaznawiyah. Setelah kemenangan di Khurasan, penguasa Seljuq meluaskan pengaruhnya ke Transoxiana dan Iran.
Tughrul Bek
Setelah
wafat, Mikail digantikan oleh anaknya, Tughrul Bek. Tughrul Bek, karena dinasti
Samani sudah mulai melemah, berhasil menguasai Merv (ibukota Khurasan), Jurzan,
Tibristan, Dailam dan Karman (1037 M). Sejak itu, Tughrul Bek mengisytiharkan
berdirinya dinasti Saljuk dan diakui oleh dinasti Bani Abbas sekitar tiga tahun
kemudian (1040 M) . Setelah itu, Tughrul Bek menguasai Iran atau Persia,
Anatolia, dan Armenia.
Tughrul Bek (Bey Togrul)
adalah cucu Seljuk dan Chaghri Beg (Bey Chagri) adalah saudaranya dan dibawah pemerintahan
dua beradik ini, Seljuk berjaya menguasai Empayar Ghaznawiyah. Pada mulanya,
tentera Seljuk berjaya dikalahkan oleh Raja Mahmud Ghazni. Raja Mahmud
kemudiannya bersara dan menetap di Khorezmi. Togrul dan Cagri pula membiarkan
tentera Ghaznawi menguasai Merv dan Balkh (1028-1029).
Kemudiannya
mereka mula menyerang wilayah Ghaznawiyah di Khorasan dan Balkh dan
mendagangkan wilayah ini dengan pengganti Shah Mahmud. Tentera Seljuk juga
berjaya menawan Ghazni, ibu kota Ghaznawiyah pada tahun 1037.
Pada tahun
1039, dalam Perang Dandanagan, tentera Seljuk berjaya mengalahkan angkatan
Ghaznawiyah yang di bawah pimpinan Masud Ghazni. Ini menyebabkan Raja Masud
meninggalkan wilayah barat empayar Ghaznawiyah dan membolehkan tentera Seljuk
menguasai rantau ini. Pada tahun 1055, Togrul berjaya menawan Baghdad daripada
kerajaan Buwaihiyah.
Kemunculan Bani Seljuk di Baghdad
Khalifah Al
Qaim meminta pertolongan kaum Turki bani Seljuk yang berasal dari padang nomad
Monggolia untuk menghalau puak Syiah Bani Buwaih daripada mempengaruhi Istana
Baghdad.
Di Baghdad terjadi penindasan yang dilakukan oleh dinasti Buwaihi terhadap khalifah Bani Abbas. Ketika al-Malik al- Rahim memegang jabatan Amir al-Umara, kekuasaan itu dirampas oleh panglimanya sendiri, Arselan al-Basasiri. Dengan kekuasaan yang ada di tangannya, al-Basasiri berbuat sewenang-wenang terhadapal Al-Malikal-Rahim dan Khalifah al-Qaim dari Bani Abbasiah; bahkan dia mengundang khalifah Fathimiyah (al-Mustanshir) untuk menguasai Baghdad.
Di Baghdad terjadi penindasan yang dilakukan oleh dinasti Buwaihi terhadap khalifah Bani Abbas. Ketika al-Malik al- Rahim memegang jabatan Amir al-Umara, kekuasaan itu dirampas oleh panglimanya sendiri, Arselan al-Basasiri. Dengan kekuasaan yang ada di tangannya, al-Basasiri berbuat sewenang-wenang terhadapal Al-Malikal-Rahim dan Khalifah al-Qaim dari Bani Abbasiah; bahkan dia mengundang khalifah Fathimiyah (al-Mustanshir) untuk menguasai Baghdad.
Hal ini
membuat khalifah khawatir dan akhirnya meminta bantuan Tughrul Bek yang berkuasa di Jibal. Pada tanggal 18 Desember 1055
(447 H), Tughrul Bek memasuki Baghdad. Pertempuran terjadi antara pasukan Tughrul Bek dengan pasukan Arselan
al-Basasiri.
Dalam
pertempuran itu, al-Basasiri mati terbunuh, khalifah al-Qa‟im dibebaskan dari
penjara. Sedangkan Malik Abd al-Rahim dipenjara. Kekuasaan dinasti Buwaihi
berakhir dan selanjutnya khalifah dinasti Bani Abbas bekerjasama dengan Saljuk
mulai tahun 1055 M.
Khalifah Al
Qaim memberi gelaran Al Muluk atau
Sultan kepada Tughrul Bek. Sebagai kehormatan, khalifah al-Qa‟im memberikan
gelar “Raja Timur dan Barat” kepadanya dan ia menikah dengan puteri al-Qa‟im.
Pada tahun 455H/1063 M, Tughrul Bek wafat dan digantikan oleh anak saudaranya,
Alp Arselan karena Tughrul Bek tidak mempunyai seorang anak.
Alp Arselan
Nama sebenar
beliau adalah Muhammad bin Da'ud Chaghri, dan kerana keberanian semasa
berperang dan dalam dirinya serta kemahiran bertempurnya beliau mendapat nama
gelaran Alp Arslan, yang bermaksud "seekor singa berani" di dalam
bahasa Turki.
Alp Arslan
adalah putera Bey Cagri dan beliau memperluaskan empayar Seljuk hingga ke
Armenia dan Georgia pada tahun 1064. Beliau juga menyerang Empayar Bizantin
pada tahun 1068, di mana Alp Arslan berjaya menawan Anatolia.
Dalam
menjalankan pemerintahannya ia dibantu oleh Nizam al-Mulk, seorang negarawan
yang paling cakap pada masa awal pemerintahan Alp Arslan.
Pertempuran
Manzikert, atau Malazgirt, terjadi di antara Empayar Byzantine dan tentera
Seljuq pimpinan Alp Arslan pada 26 Ogos 1071 berhampiran Manzikert (kini
Malazgirt, Turki, di wilayah Mus). Ia berakhir dengan salah satu kekalahan
paling teruk Empayar Byzantine dan penawanan Maharaja Byzantine Romanos IV
Diogenes.
Romanos
sampai ke Manzikert dan mudah menawannya pada 23 Ogos, 1071. Dia bagaimanapun
tidak sedar bahawa Alp Arslan dan tenteranya berada tidak jauh dari situ.
Pada 26 Ogos,
1071 kedua-dua pasukan ini bertemu. Beberapa saat setelah pertempuran bermula,
banyak kepala yang mulai berterbangan dan banyak potongan badan yang mulai
berhamburan, darah pun membanjiri medan pertempuran, ternyata pertempuran
berpihak kepada pasukan Mujahidin serta memberi kemudahan kepada mereka untuk
menghabisi pasukan musuh, hingga banyak sekali pasukan kafir yang terbunuh,
bahkan jumlahnya tidak dapat dihitung. Sementara itu Romanus, maharaja Rom
Barat turut ditawan.
Maliksyah
Dibawah
pemerintahan Malikshah, pewaris Alp Arslan, bersama-sama dengan dua wazir Parsi
iaitu Nizam al-Mulk dan Taj al-Mulk, negeri Seljuk ini berkembang dari Iran di
timur hingga ke sempadan Empayar Bizantin di barat. Beliau memindah ibu kota
Seljuk dari Ray ke Isfahan. Beliau telah memegang tampuk pemerintahan
Seljuk selama dua puluh tahun.
Pembebasan
Syam terjadi pada tahun 1075. Dengan pembebasan itu mazhab Sunni dipulihkan
lagi di wilayah Syam. Setelah itu Syam dijadikan wilayah taklukan Empayar
Seljuk dengan status otonomi luas. Namanya diganti menjadi amirat al-Buriyat.
Sultan Malik Syah melantik amir (ketua) di Syiria iaitu anak Alp Arselan bernama Tutush yang juga
merupakan saudaranya.
Sistem
ketenteraan Iqta dan juga Universiti Nizamiyyah di Baghdad ditubuhkan oleh
Nizam al-Mulk dan tempoh pemerintahan Malikshah dikenali sebagai Zaman
Kegemilangan "Seljuk Agung". Khalifah Abasiyah memberi gelaran kepada
beliau sebagai "Sultan di Timur dan Barat" pada tahun 1087. Namun
begitu terdapat kumpulan Hassan Sabah, sebuah angkatan senjata Syiah aliran
Ismaili mula bertukar menjadi sebuah ketenteraan dan membunuh banyak
tokoh-tokoh penting dalam pemerintahan Seljuk.
Pada tahun
1090 M, Sultan Malik Syah merebut wilayah Transoksiana dari cengkaman Bani
Illikhiyah yang bersifat keras terhadap khalifah Baghdad.
Selanjutnya
pada tahun 1092 M, baginda merebut kembali Hijaz (Tanah Saudi) dan Yaman, yang
sejak tahun 899 M dikuasai oleh kelompok Qaramithah, salah satu cabang penting
dari Syiah yang sangat ganas dalam peperangan. Inilah jasa besar Seljuk
membebaskan bumi Mekah daripada kuasa Syiah.
Perang Salib
bermula pada tahun 1096, setahun setelah Sultan Malik Syah wafat.
- Seljuk Besar (Seljuk Raya) yang menguasai Khurasan, Ray, Jabal, Irak, Persia, dan Ahwaz. Ia merupakan induk dari yang lain.
- Seljuk Kirman berada di bawah kekuasaan keluarga Qawurt Bek ibn Dawud ibn Mikail ibn Seljuk.
- Seljuk Iran dan Kurdistan, pemimpin pertamanya adalah mighirs Al-Din Mahmud.
- Seljuk Syria, diperintah oleh keluarga Tutush ibn Alp Arselan ibn Daud ibn Mikail ibn Seljuk.
- Seljuk Rum, diperintah oleh keluarga Qutlumish ibn Israil ibn Seljuk
Senarai Sultan Seljuk Besar
- Tughrul (1038/40 - 1063)
- Alp Arslan (1064 - 1072)
- Maliq Shah (1072 - 1092)
- Mahmud I (1092 - 1093)
- Berqyaruq (1093 - 1104)
- Mohammed Tapar (1105 - 1118) Zaman maudud (penguasa mosul) perang salib 2
- Mahmud II (1118 - 1131)
- Sanjar (1131 - 1157)
Kesultanan Seljuk Rum
Perkataan Rum datang dari perkataan Arab yang bermaksud Empayar Rum. Seljuk menggelarkan mereka Kesultanan Rum kerana ia didirikan di wilayah Rum atau Byzantine, iaitu nama panggilan oleh orang Islam. Sumber barat kadang-kadang menggunakan Kesultanan Konya atau Kesultanan Iconim dan sekarang dikenali sebagai Turki.
Pada 1071 Alp Arselan berjaya mengalahkan Kaisar Bizantium, Romanus IV Diogenes. Kemenangan ini sekaligus membuka peluang bagi gerakan penturkian (Turkification) di Asia Minor. Gerakan ini dimulai dengan pengangkatan Sulaiman bin Qutlumish sebagai gabenor.
Pada 1077 Malik Shah memberikan otonomi khusus kepada kesultanan Seljuq Rum yang beribukota Iconim (Konya). Ia sendiri tidak ingin terlibat langsung dengan urusan pemerintahan dan hanya menuntut untuk loyal kepada pemerintah pusat Seljuq di Iraq. Dengan ini kesultanan Seljuq Rum resmi menjadi negara semi-independen.
Perkataan Rum datang dari perkataan Arab yang bermaksud Empayar Rum. Seljuk menggelarkan mereka Kesultanan Rum kerana ia didirikan di wilayah Rum atau Byzantine, iaitu nama panggilan oleh orang Islam. Sumber barat kadang-kadang menggunakan Kesultanan Konya atau Kesultanan Iconim dan sekarang dikenali sebagai Turki.
Pada 1071 Alp Arselan berjaya mengalahkan Kaisar Bizantium, Romanus IV Diogenes. Kemenangan ini sekaligus membuka peluang bagi gerakan penturkian (Turkification) di Asia Minor. Gerakan ini dimulai dengan pengangkatan Sulaiman bin Qutlumish sebagai gabenor.
Pada 1077 Malik Shah memberikan otonomi khusus kepada kesultanan Seljuq Rum yang beribukota Iconim (Konya). Ia sendiri tidak ingin terlibat langsung dengan urusan pemerintahan dan hanya menuntut untuk loyal kepada pemerintah pusat Seljuq di Iraq. Dengan ini kesultanan Seljuq Rum resmi menjadi negara semi-independen.
Suleiman ibn Qutulmish
Sulaiman
adalah anak kepada Qutulmish yang tidak berjaya menentang sepupunya Alp Arselan
merebut kekuasaan Disnasti Sejuk Raya. Apabila
Qutulmish meninggal, Suleyman melarikan diri bersama tiga saudaranya ke
pergunungan Taurus dan meminta perlindungan dari suku Turki.
Beliau mengasaskan Seljuk Turki yang merdeka di Anatolia dan memerintah sebagai Sultan Seljuk Rum dari 1077 hingga 1086.
Selepas pertempuran Manzikert (1071), Sulaiman sebagai komander Seljuk berjaya menguasai barat Anatolia. Pada 1975, beliau menguasai bandar Byzantin iaitu Nicaea (Iznik) dan Nicomedia (Izmit). Pada 1977, beliau mengisyhtiharkan dirinya sebagai Sultan Seljuk Rum (Turki) yang berpusat di Nicaea (Iznik).
Selepas pertempuran Manzikert (1071), Sulaiman sebagai komander Seljuk berjaya menguasai barat Anatolia. Pada 1975, beliau menguasai bandar Byzantin iaitu Nicaea (Iznik) dan Nicomedia (Izmit). Pada 1977, beliau mengisyhtiharkan dirinya sebagai Sultan Seljuk Rum (Turki) yang berpusat di Nicaea (Iznik).
Sulaiman meluaskan lagi kerajaannya namun telah terbunuh berdekatan Antioch oleh Tutush1, pemerintah Seljuk Syria. Anak Sulaiman Kilik Arslan 1 telah ditangkap dan dipindahkan ke khurasan dan dijadikan tebusan. Selepas kematian Malik Shah 1, Kilij Arslan menubuhkan semula Kesultanan Seljuk Rum.
Senarai Sultan Seljuk Rum
- Kutalmish 1060–1077
- Suleyman I (Suleiman) 1077–1086
- Abu'l Qasim 1086–1092
- Dawud Kilij Arslan I 1092–1107
- Malik Shah 1107–1116
- Rukn ad-Din Mesud I 1116–1156
- Izz ad-Din Kilij Arslan II 1156–1192
- Ghiyath ad-Din Kaykhusraw I 1192–1196
- Suleyman II (Suleiman) 1196–1204
- Kilij Arslan III 1204–1205
- Ghiyath ad-Din Kaykhusraw I 1205–1211
- Izz ad-Din Kaykaus I 1211–1220
- Ala ad-Din Kayqubad I 1220–1237
- Ghiyath ad-Din Kaykhusraw II 1237–1246
- Izz ad-Din Kaykaus II 1246–1260
- Rukn ad-Din Kilij Arslan IV 1248–1265
- Ala ad-Din Kayqubad II 1249–1257
- Ghiyath ad-Din Kaykhusraw III 1265–1282
- Ghiyath ad-Din Mesud II 1282–1284
- Ala ad-Din Kayqubad III 1284
- Ghiyath ad-Din Mesud II 1284–1293
- Ala ad-Din Kayqubad III 1293–1294
- Ghiyath ad-Din Mesud II 1294–1301
- Ala ad-Din Kayqubad III 1301–1303
- Ghiyath ad-Din Mesud II 1303–1307
Garis masa
*1059: Tuğrul Bey menguasai Baghdad, Al-Qa\'im dipulihkan sebagai khalifah.
* 1060: Ibrahim dari Ghaznavid menjadi Sultan.
* 1063: Kematian Tuğrul Bey digantikan oleh Alp Arslan.
*1068 Ketibaan pertama Seljuk di Anatolia semasa Perang antara Islam dan Byzantin
* 1071: Pertempuran Manzikert, maharaja Byzantine ditawan oleh Seljuk Turki.
* 1073: Kematian Alp Arslan, digantikan oleh Malik Shah.
* 1077: Kematian dari Khalifah Abbasiyah Al-Qa\'im, digantikan oleh Al-Muqtadi.
* 1077: Seljuk menguasai Nicaea .Kesultanan Rum ditubuhkan di Turki oleh Suleyman I Rum
* 1082: The Al-Murabitun menakluk Algeria.
* 1086: Pertempuran Zallakha. The Al-Murabitun mengalahkan orang-orang Kristian di Sepanyol.
* 1086: Kematian Suleyman I Rum, digantikan oleh Kilij Arslan.
* 1060: Ibrahim dari Ghaznavid menjadi Sultan.
* 1063: Kematian Tuğrul Bey digantikan oleh Alp Arslan.
*1068 Ketibaan pertama Seljuk di Anatolia semasa Perang antara Islam dan Byzantin
* 1071: Pertempuran Manzikert, maharaja Byzantine ditawan oleh Seljuk Turki.
* 1073: Kematian Alp Arslan, digantikan oleh Malik Shah.
* 1077: Kematian dari Khalifah Abbasiyah Al-Qa\'im, digantikan oleh Al-Muqtadi.
* 1077: Seljuk menguasai Nicaea .Kesultanan Rum ditubuhkan di Turki oleh Suleyman I Rum
* 1082: The Al-Murabitun menakluk Algeria.
* 1086: Pertempuran Zallakha. The Al-Murabitun mengalahkan orang-orang Kristian di Sepanyol.
* 1086: Kematian Suleyman I Rum, digantikan oleh Kilij Arslan.
1. Apa kaitan saljuk dan khalifah Abbasiah bani saljuk?
ReplyDelete2.Adakah keturunan saljuk yang jadi khalifah Abbasiah?
3.Kenapa ada khalifah Abbasiah dan Dinasti Saljuk pada masa yang sama dan menguasai kawasan yang sama?
Pada masa ini, Khilafah Abbasiyah sudah lemah tapi masih dihormati sebagai entitas politik Islam mewakili seluruh kaum Muslim. Sedangkan yang memiliki kekuasaan politik dan militer real adalah Kesultanan Saljuk. Dan Kesultanan Saljuk lah yang menjadi pelindung Kekhilafahan Abbasiyah, termasuk kedua tanah suci. Jadi walaupun memiliki kekuasaan yang sangat kuat, kesultanan Saljuk, juga kesultanan2 lainnya tetap memghormati Kekhilafahan Islam sbg pemersatu.
ReplyDelete