DINASTI AYYUBIAH |
PENGENALAN
Ayubiyyah atau Dinasti Ayubiyyah
adalah dinasti orang Islam dari bangsa Kurd yang memerintah Mesir, Syria, Yaman
(kecuali untuk Pergunungan Utara), Diyar Bakr, Makkah, Hijaz dan utara Iraq
pada abad ke12 dan 13. Ayubiyyah juga dikenali sebagai Ayoubites, Ayyoubites,
Ayoubides atau Ayyoubides.
Bani Ayyubiyah merupakan
keturunan Ayyub suku Kurdi. Pendiri dinasti ini adalah Salahuddin Yusuf
al-Ayyubi putra dari Najamuddin bin Ayyub. Bapanya Najmuddin Ayyub dan bapa
saudaranya Syirkuh datang dari Daywin di sempadan Azerbaijan. Keturunan keduanya
sebagaimana yang disebutkan sebelum ini adalah dari kabilah Kurdi Rawwadiah.
KELAHIRAN SHALAHUDDIN (532H/ 1137M)
KELAHIRAN SHALAHUDDIN (532H/ 1137M)
Setelah hampir empat puluh tahun
kaum Salib menduduki Baitul Maqdis, Shalahuddin Al-Ayyubi baru lahir ke dunia,
yakni pada tahun 532 H/1137M di Kubu Tikrit. Ketika dia dilahirkan ayahnya, Najm ad-Din
Ayyub ialah penguasa Seljuk di Tikrit. Bapanya dan bapa saudaranya Syirkuh
datang dari Daywin di sempadan Azerbaijan Tikrit adalah sebuah daerah yang
hampir dengan kota Baghdad. Di sini terdapat sebuah kota yang kukuh terletak di
tebing sungai Dijlah.
Kota ini telah dibina oleh
raja-raja Parsi di zaman lampau di sebuah kawasan dataran berbatu. Kota ini
digunakan untuk menyimpan berbagai khazanah, disamping bertindak sebagai tempat
mengintip pergerakan musuh. Daerah ini telah dibuka oleh orang-orang Islam pada
tahun 16 H, di zaman pemerintahan Umar bin Al-Khattab RA.
Setelah itu daerah ini bersilih
ganti jatuh ke tangan beberapa buah kerajaan Islam, sehinggalah akhirnya ia
jatuh ke tangan kerajaan bani Seljuk. Ayyub bin Syazi ayahanda Salahuddin telah
berhubung dengan salah seorang pegawai dan pemerintah pasukan polis bani Seljuk
di Baghdad di waktu itu adalah Mujahiduddin Bahruz.
Mujahiduddin Bahruz telah
melantik Ayyub menjadi penguasa di kota Tikrit, manakala saudaranya Syirkuh
Asaduddin telah dilantik sebagai penolongnya. Jawatan kedua beradik ini
menyerupai pemerintah Tikrit dalam ertikata yang sebenarnya.
Salahuddin dilahirkan pada hari
bapa dan bapa saudaranya diarahkan keluar dari Tikrit. Bahruz sendiri datang
menemui mereka dan mengarahkan mereka pergi. Mereka terpaksa pergi kerana
Syirkuh telah membunuh seorang pegawai keselamatan yang cuba memperkosa seorang
wanita. Dikhuatiri para pengawal lain akan membalas dendam.
LARI KE MOUSUL DAN IMADUDDIN ZANKI
LARI KE MOUSUL DAN IMADUDDIN ZANKI
Mereka lari ke Mousul. Di sana
mereka disambut baik oleh Imaduddin Zanki, pemerintah Mousul. Imaduddin Zanki
terhutang budi kepada Ayyub dan Syirkuh kerana pernah menyelamatkannya dari
dibunuh oleh Bani Seljuk. Mereka dihadiahkan sebidang tanah malah diamanahkan
mengurus hal ehwal ketenteraan di Mousul.
Imaduddin Zanki pernah memerangi
kerajaan bani Seljuk di kota Tikrit beberapa hari. Serangan yang dilakukan oleh
Imaduddin Zanki menatijahkan beliau mengalami kekalahan teruk di hadapan
tentera bani Seljuk. Ketika mengundurkan diri ke Mausul, Imaduddin melalui kota
Tikrit. Nyawa beliau dan bala tenteranya berada di tangan penguasa kota Tikrit
iaitu Najmuddin dan saudaranya Syirkuh. Jika Najmuddin mahu ia boleh membunuh
kesemua bala tentera Imaduddin Zanki, namun ia lebih suka memberi layanan yang
baik kepada musuh kerajaan bani Seljuk itu, dan memberikan bantuan-bantuan yang
perlu sehingga akhirnya Imaduddin Zanki selamat sampai di Mousul.
Zanki menjadi Atabeg (Gabenor)
Mosul ditahun 1127, dan Aleppo ditahun 1128, mempersatukan dua kota tersebut
dalam satu pemerintahan, dan secara formal dinobatkan oleh Sultan Mahmud II
dari Kesultanan Seljuk Agung. Pada tahun 1130, Ia bersekutu dengan Taj al-Mulk
Buri dari Damaskus melawan Negara Salib. Namun agaknya terjadi perselisihan di
antara kedua pemimpin tersebut. Dalam pertikaian itu, ia memenjarakan putra
Buri dan menguasai kota Hama darinya. Ia juga mengepung kota Hims, dimana
Gubernurnya berkerjasama dengannya waktu itu, namun ia tidak dapat
menguasainya, dan kembali ke Mosul.
Ditahun 1137 Zanki menyerang kota
Hims kembali, namun Mu'inudin berhasil mempertahankan kota; sebagai balasan
atas serangan terbaru Zanki, Damaskus bersekutu dengan Kerajaan Salibis
Yerusalem untuk melawannya. Dibulan Mei 1138 Zanki mencapai persetujuan dengan
Damaskus. Ia menikahi Zumurrud dan menerima Hims sebagai hadiah perkawinannya.
Dibulan Julai 1139 putra Zumurrud, Shihabudin, terbunuh dan Zanki bergerak ke
Damaskus untuk mengambil alih kota. Zanki dapat merampas Baalbak pada Ogos
1139M/ 534H.
KOTA BAALBAK (1139M)
KOTA BAALBAK (1139M)
Najmuddin dan saudaranya berserta
Salahuddin tinggal bersama Imaduddin Zanki dibawah layanan yang cukup istimewa
dan penuh kemuliaan, malah Imaduddin menyerahkan kepada Najmuddin dan Syirkuh
urusan ketenteraan. Ketika kota Ba'albak jatuh ke tangan Imaduddin pada tahun
534H (1139M), beliau telah melantik Najmuddin sebagai gabenor di kota ini. Di
kota inilah Salahuddin dibesarkan. Beliau dilatih menghadapi peperangan dan
jihad, mempraktikkan siasah negara dan segala urusan yang berkaitan.
Zanki dibunuh oleh seorang budak
berbangsa Frank yang bernama Yarankash pada tahun 1146. Selepas kewafatan
ayahnya, Nuruddin Zanki menjadi pemerintah Aleppo (Halab) manakala abangnya, Saif ad-Din Ghazi menjadi
pemerintah Mousul. Ketika abangnya meninggal dunia pada tahun 1149, ia
menggabungkan Mosul di Iraq dalam wilayah kekuasaannya.
Selepas kewafatan Zanki, Najmuddin
menyerah kubu Baalkbak kepada Burid. Shalahuddin dikirim oleh Nuruddin ke
Damaskus untuk melanjutkan pendidikannya. Selain itu, Shalahuddin juga mendapat
pendidikan dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh. Dalam setiap peperangan yang
dipimpin oleh panglima Asasuddin, Shalahuddin sentiasa ikut sebagai tentera
pejuang sekalipun usianya masih muda.
MEREBUT DAMSYIK (1154M)
Pada tahun 549 H/1154 M, panglima
Asasuddin Syirkuh memimpin tenteranya merebut dan menguasai Damsyik.
Shalahuddin yang ketika itu baru berusia 16 tahun turut serta sebagai pejuang. Pada masa itu, Mujiruddin dari dinasti Burid menjadi pemerintah Damsyik. Ketika Ascalon direbut oleh tentara salib tahun 1153,
Mujiruddin melarang Nuruddin untuk melakukan perjalanan di teritorinya.
Namun Mujiruddin adalah pemimpin yang lemah dibanding pemimpin
sebelumnya, dan ia juga setuju untuk membayar upeti untuk tentara salib
sebagai ganti untuk perlindungan atas mereka. Kelemahan Damaskus dibawah
Mujiruddin membuat Nuruddin menurunkannya tahun 1154 dengan bantuan penduduk kota. Mujiruddin telah dibuang negeri ke Homs.
Nuruddin kini telah mengusai seluruh Syiria.Namun begitu, beliau berhati-hati dengan tidak menyerang Yerusalem, dan meneruskan mengirim ufti tahunan yang dilakukan oleh Mujiruddin. Pada tahun 1162M Nuruddin telah mengerjakan haji ke Mekah. Kemudian barulah beliau tahu Raja Baldwin III dari Yurusalem telah meninggal. Namun begitu beliau tidak menyerang Yurusalem kerana merasa hormat dan simpati kepada Baldwin III .
MENYERANG MESIR 1163M
Pada tahun 558 H/1163 Masihi, panglima Asasuddin membawa Shalahuddin Al-Ayyubi yang ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulat Fatimiyah di Mesir yang diperintah oleh Aliran Syiah Ismailiyah yang semakin lemah.
Pada tahun 1163, khalifah Fatimiyah adalah al-Adid (memerintah 1160-1171) yang masih muda (14 tahun), tetapi pemerintahan dijalankan oleh wazir Shawar. Pada tahun itu, Shawar disingkirkan oleh Dirgham. Dirgham menawan 3 anaknya yang bernama Thayib, Sulaiman dan Khalil. Thayib dan Sulaiman dibunuh sedangkan Khalil dipenjara.
Nuruddin kini telah mengusai seluruh Syiria.Namun begitu, beliau berhati-hati dengan tidak menyerang Yerusalem, dan meneruskan mengirim ufti tahunan yang dilakukan oleh Mujiruddin. Pada tahun 1162M Nuruddin telah mengerjakan haji ke Mekah. Kemudian barulah beliau tahu Raja Baldwin III dari Yurusalem telah meninggal. Namun begitu beliau tidak menyerang Yurusalem kerana merasa hormat dan simpati kepada Baldwin III .
MENYERANG MESIR 1163M
Pada tahun 558 H/1163 Masihi, panglima Asasuddin membawa Shalahuddin Al-Ayyubi yang ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulat Fatimiyah di Mesir yang diperintah oleh Aliran Syiah Ismailiyah yang semakin lemah.
Pada tahun 1163, khalifah Fatimiyah adalah al-Adid (memerintah 1160-1171) yang masih muda (14 tahun), tetapi pemerintahan dijalankan oleh wazir Shawar. Pada tahun itu, Shawar disingkirkan oleh Dirgham. Dirgham menawan 3 anaknya yang bernama Thayib, Sulaiman dan Khalil. Thayib dan Sulaiman dibunuh sedangkan Khalil dipenjara.
Setelah itu, Raja Yerusalem, Amalric I yang menggantikan Baldwin III memulai serangan terhadap Mesir, dengan dalih bahwa Fatimiyah tidak membayar ufti yang telah mereka janjikan untuk dibayar selama pemerintahan Baldwin III. Penyerangan ini gagal dan ia terpaksa kembali ke Yerusalem.
Kemudian Nuruddin dikunjungi oleh Shawar dan meminta untuk mengirim pasukan untuk memulihkan kedudukannya sebagai wazir di Mesir. Pada mulanya, Nuruddin tidak mau membagi pasukannya untuk pertahanan Mesir, Shirkuh, meyakinkannya untuk menyerang Mesir. Dirgham bersekutu dengan Amalric, tetapi raja tersebut tidak dapat menggerakkan pasukannya tepat waktu untuk menyelamatkannya. Dirgham terbunuh selama invasi Shirkuh dan kepalanya dipenggal dan dipamerkan keseluruh pelosok negeri. Shawar pun dipulihkan kembali sebagai wazir. Namun ia melanggar janjinya dan bersekongkol dengan khalifah Al Adhid meminta Shirkuh segera angkat kaki dari Mesir.
Shawar kemudian bersekutu dengan Amalric I, yang kemudian tiba dengan pasukan yang banyak untuk mengepung Shirkuh di Bilbeis. Shirkuh bertahan di benteng tersebut selama 8 bulan. Ia dalam keadaan aman dibentengnya itu.
Kepergian pasukan di bawah Amalric I salib ke Mesir itu, dimanfaatkan oleh Nurudin untuk menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai kerajaan salib. Nuruddin menyerang Antiokhia dan mengepung istana Harenc meskipun saat itu Antiokia menjadi daerah protektorat Bizantium. Nuruddin mengalahkan pasukan gabungan Antiokhia dan Tripoli bahkan Bohemond III of Antioch dan Raymond III of Tripoli berhasil ditawan. Meskipun begitu ia tidak menyerang kota Antiokhia itu sendiri, kuatir tindakan balasan dari Bizantium. Sebagai gantinya ia mengepung dan berjaya merebut Banias pada 560 H/ Oktober 1165. Selama 2 tahun berikutnya tetap melanjutkan menyerang perbatasan Negara-negara salib.
Keberhasilan Nurudin Mahmud menembus jantung wilayah-wilayah salibis dan menawan raja-rajanya termasuk Bohemond III of Antioch, Raymond III of Tripoli dan Dauq dari Byzantium menyebabkan pasukan Salib yang sedang berjuang mengusir Shirkuh di Mesir benar-benar terpukul.
Raja Amalric I mengajak Shirkuh berdamai. Asadudin Shirkuh menerima tawarannya dengan syarat Shawar bin Mujirudin membayar 60.000 dinar sebagai hukuman penghianatannya.
Selanjutnya Amalric pun terpaksa pulang ke Yerusalem sedangkan Shirkuh pulang ke Syria meninggalkan Mesir. Ternyata Shawar membuat perjanjian rahasia dengan Raja Amalric lagi yang mana isi perjanjian tersebut menyatakan bahwa Raja Almaic wajib membantu Shawar bila diganggu pihak lain. Perjanjian ini diketahui oleh Nurudin. Ia berpendapat bahwa adalah bijaksana kalau membebaskan Mesir dari penghianat seperti Shawar bin Mujirudin ini.
Pada tahun 1166 Shirkuh dikirim kembali ke Mesir dengan pasukan yang terdiri dari 2.000 kavaleri. Pasukan ini menyebrangi sungai Nil dan berhenti di Giza (Jizah) dan mengepung Mesir selama dua bulan dengan pengepungan yang ketat. Shawar pun meminta bantuan pasukan Salib. Pasukan salib yang dipimpin Amalric masuk ke Mesir dari arah Dimyath pada awal tahun 1167. Kedatangan mereka diketahui oleh Shirkuh yang kemudian ia dan pasukannya bertolak menuju Sha’id dan memungut pajak dari warganya. Dan perang pun meletus, yang akhirnya dimenangkan oleh Asaduddin Shirkuh.
Setelah berhasil mengalahkan pasukan Salib, Asadudin Shirkuh bergerak ke kota Alexandria dan menaklukannya. Ia mengangkat Shalahudin Yusuf sebagai gubernur Alexandria, sedang ia sendiri pulang ke Sha’id. Rupanya Shawar menyusun kekuatan baru dan bersekutu dengan pasukan Salib untuk mengepung kota Alexandria dan merebutnya dari tangan Shalahudin Yusuf. Shalahudin mempertahankan kota tersebut dengan gigih meskipun ia dan pasukannya mengalami kesulitan dan kekurangan stok makanan. Tidak lama kemudian Asadudin Shirkuh datang dari Sha’at memberi bala bantuan.
Kedatangan pasukan Shirkuh ini diketahui Shawar dan iapun merasa takut kalau kedua pasukan itu bergabung mengalahkan pasukannya. Ia menawarkan perdamaian kepada Shalahudin dengan kompensasi menyerahkan uang 50.000 dinar. Asadudin Shirkuh menerima tawaran ini. Lalu ia keluar dari kota Alexandria dan menyerahkan urusan kota Alexandria pada orang-orang mesir itu sendiri. Ia pun kembali ke Syria. Sementara itu Shawar memperbaharui perjanjian dengan pasukan Salib dengan memberi tentara perancis sebesar seratus ribu dinar agar kekuatan mereka tetap bermarkas di Mesir. Pasukan Salib menerima tawaran Shawar. Dengan demikian Tentara salib menduduki Alexandria dan Kairo serta menjadikan Mesir sebagai negara pembayar ufti bagi negara salib.
Akan tetapi Amalric tidak dapat menguasai Mesir secara penuh, selama Nuruddin masih menguasai Syiria. Akhirnya ia pun terpaksa kembali ke Yerusalem., dan menjadi kaget karena Nurudin telah menaklukkan benteng daerah-daerah yang dikuasai salib sebelumnya dan menawan banyak sekali wanita dan anak-anak mereka serta mendapat rampasan perang yang banyak seperti perhiasan dan harta mereka.
Pada tahun 1168 Amalric bersekutu dengan Kaisar Manuel dan menyerang Mesir sekali lagi. Ia menyiapkan pasukan besar dan melengkapinya dengan senjata yang lengkap untuk meraih kemenangan. Dengan kekuatan tersebut mereka menyerang Mesir dan menguasai Bilbeis (Balbis) dan menjadikannya markas pasukannya. Dari Balbis mereka bertolak ke Kairo. Hal ini diketahui oleh Shawar dan ia menyadari bahwa hal ini diluar kawalannya. Dan tidak sesuai dengan kesepakatan yang ia buat dengan Raja Yerusalem. Maka ia bakar kotanya yaitu Fustat dan menyuruh penduduknya pindah ke Kairo. Api menyala dan membakar tanaman selama 54 hari.
Pasukan salib banyak membunuh kaum muslimin,
menguasai negara dan merampas kekayaannya serta mengancam Khalifah al
Adhid. Ancaman pasukan Salib ini memaksa khalifah meminta bantuan kepada
Nurudin. Khalifah berjanji dan menyatakan siap memberikan sepertiga
pajak mesir kepada Sultan Nurudin Mahmud dan meminta Sultan mau tinggal
bersamanya di Kairo bagi melindungi Kairo dari serangan salib. Selain
itu ia berjanji memberikan tambahan pajak kepada militer Nurudin diluar
sepertiga pajak yang ia janjikan.
Awal tahun 1169 Asadudin Shirkuh dikirim ke Mesir dan mengalahkan pasukan Salib serta mengusir pasukan salib dan membunuh menteri penghianat, Shawar. Kerjasama Wazir besar Shawar dengan orang kafir itu telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki dan para pemimpin Islam lainnya termasuk Baghdad. Lalu dipersiapkannya tentera yang besar yang tetap dipimpin oleh panglima Syirkuh dan Shalahuddin Al-Ayyubi untuk menghukum si pengkhianat Shawar. King Almeric terburu-buru menyiapkan pasukannya untuk melindungi Wazir Shawar setelah mendengar kemaraan pasukan Islam. Akan tetapi Panglima Syirkuh kali ini bertindak lebih pantas dan berhasil membinasakan pasukan King Almeric dan menghalaunya dari bumi Mesir dengan aib sekali.
Panglima Shirkuh dan Shalahuddin terus mara
ke ibu kota Kaherah dan mendapat tentangan dari pasukan Wazir Shawar. Akan
tetapi pasukan Shawar hanya dapat bertahan sebentar saja, dia sendiri melarikan
diri dan bersembunyi. Khalifah Al-Adhid Lidinillah terpaksa menerima dan
menyambut kedatangan panglima Syirkuh buat kali kedua.
Suatu hari panglima Shalahuddin
Al-Ayyubi berziarah ke kuburan seorang wali Allah di Mesir, ternyata Wazir
Besar Shawar dijumpai bersembunyi di situ. Shalahuddin segera menangkap Shawar,
dibawa ke istana dan kemudian dihukum bunuh.
Khalifah Al-Adhid melantik panglima
Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar (Menteri) menggantikan Shawar. Wazir Baru itu
segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setiap institusi kerajaan
secara berperingkat. Sementara anak saudaranya, panglima Shalahuddin Al-Ayyubi
diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di kota-kota sepanjang
sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan bandar-bandar lain termasuk
bandar perdagangan Iskandariah.
Wazir Besar Syirkuh tidak lama
memegang jawatannya, kerana beliau wafat pada tahun 565 H/1169 M. Khalifah
Al-Adhid melantik panglima Shalahuddin Al-Ayyubi menjadi Wazir Besar
menggantikan Syirkuh dengan mendapat persetujuan pembesar-pembesar Kurdi dan
Turki. Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Daulat Fatimiah, Shalahuddin
tetap menganggap Emir Nuruddin Zanki
sebagai ketuanya.
Mulanya Nurudin kurang begitu senang dengan pengangkatan Shirkuh dan Shalahudin sebagai Wazir khalifah Fattimiyah, karena beliau tidak mempercayai kaum Shi’ah. Namun Shalahudin dengan kebijaksanaannya berhasil meyakinkan Nurudin akan kesetiaannya.
Bulan Oktober 1169, Raja Almuric dan Manuel menginvasi Mesir sekali lagi. Pasukan Salib mengepung kota Damietta (Dimyat) selama 50 hari. Salahudin mengirim surat kepada sultan Nurudin minta bantuan, dan Nurudin pun secepatnya mengirim pasukan untuk memperkuat pasukan Salahudin. Pengepungan tentera salib terhadap kota Damietta ini dimanfaatkan oleh Nurudin untuk menyerang negara-negara salib tersebut dengan pasukan besar. Berita penyerangan yang dilakukan oleh Sultan Nurudin itu didengar oleh Pasukan salib yang mengepung kota Damietta. Mereka pun terpaksa menarik mengundurkan pasukan dan menghentikan pengepungan.
Pada tahun 1171, Nurudin memerintahkan kepada Salahudin untuk mendoakan khalifah Abasiyah di Khutbah Sholat Jum’at menggantikan Khalifah Fatimiyah. Mulanya Salahudin tidak setuju takut akan ada pembrontakan di Mesir. Namun salah seorang pengikutnya yang bernama Al Amir Al Amin meyakinkannya untuk menjalankan perintah Sultan Nurudin. Jum’at pertama bulan Muharam 567H.
Dan pada hari jum’at kedua Salahudin memerintahkan seluruh khatib Jumat untuk memutus doanya bagi khalifah Fatimiyah, al Adid dan mengalihkannya kepada Khalifah Abasiyah, Al Mustanjid Billah. Shalahudin juga memecat seluruh hakim Mesir karena mereka berasal dari aliran Syi’ah, dan menggantuinya dengan hakim yang baru dari kalangan Sunni bermazhap Syafi’i.
Mulanya Nurudin kurang begitu senang dengan pengangkatan Shirkuh dan Shalahudin sebagai Wazir khalifah Fattimiyah, karena beliau tidak mempercayai kaum Shi’ah. Namun Shalahudin dengan kebijaksanaannya berhasil meyakinkan Nurudin akan kesetiaannya.
Bulan Oktober 1169, Raja Almuric dan Manuel menginvasi Mesir sekali lagi. Pasukan Salib mengepung kota Damietta (Dimyat) selama 50 hari. Salahudin mengirim surat kepada sultan Nurudin minta bantuan, dan Nurudin pun secepatnya mengirim pasukan untuk memperkuat pasukan Salahudin. Pengepungan tentera salib terhadap kota Damietta ini dimanfaatkan oleh Nurudin untuk menyerang negara-negara salib tersebut dengan pasukan besar. Berita penyerangan yang dilakukan oleh Sultan Nurudin itu didengar oleh Pasukan salib yang mengepung kota Damietta. Mereka pun terpaksa menarik mengundurkan pasukan dan menghentikan pengepungan.
Pada tahun 1171, Nurudin memerintahkan kepada Salahudin untuk mendoakan khalifah Abasiyah di Khutbah Sholat Jum’at menggantikan Khalifah Fatimiyah. Mulanya Salahudin tidak setuju takut akan ada pembrontakan di Mesir. Namun salah seorang pengikutnya yang bernama Al Amir Al Amin meyakinkannya untuk menjalankan perintah Sultan Nurudin. Jum’at pertama bulan Muharam 567H.
Dan pada hari jum’at kedua Salahudin memerintahkan seluruh khatib Jumat untuk memutus doanya bagi khalifah Fatimiyah, al Adid dan mengalihkannya kepada Khalifah Abasiyah, Al Mustanjid Billah. Shalahudin juga memecat seluruh hakim Mesir karena mereka berasal dari aliran Syi’ah, dan menggantuinya dengan hakim yang baru dari kalangan Sunni bermazhap Syafi’i.
Nuruddin Zanki berulang kali mendesak
Shahalahuddin agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri kekuasaan Daulat
Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah di Baghdad.
Akan tetapi Shalahuddin tidak mahu bertindak terburu-buru, beliau memperhatikan
keadaan sekelilingnya sehingga musuh-musuh dalam selimut betul-betul lumpuh.
BERAKHIRNYA DINASTI FATIMIAH 1171M
BERAKHIRNYA DINASTI FATIMIAH 1171M
Barulah pada tahun 567 H/1171 Masihi, Shalahuddin mengumumkan penutupan
Daulat Fatimiah dan kekuasaan diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah. Maka
doa untuk Khalifah Al-Adhid pada khutbah Jumaat hari itu telah ditukar kepada
doa untuk Khalifah Al-Mustadhi dari Daulat Abbasiah.
Ketika pengumuman peralihan kuasa itu
dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakit kuat, sehingga beliau tidak mengetahui
perubahan besar yang berlaku di dalam negerinya dan tidak mendengar bahawa
Khatib Jumaat sudah tidak mendoakan dirinya lagi. Sehari selepas pengumuman
itu, Khalifah Al-Adhid wafat dan dikebumikan sebagaimana kedudukan sebelumnya,
yakni sebagai Khalifah.
Dengan demikian berakhirlah kekuasaan
Daulat Fatimyah yang dikuasai oleh kaum Syi’ah selama 270 tahun. Keadaan ini
sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh golongan Ahlussunnah di seluruh
negara Islam lebih-lebih lagi di Mesir sendiri. Apalagi setelah Wazir Besar
Shawar berkomplot dengan kaum Salib musuh Islam. Pengembalian kekuasaan kepada
golongan Sunni itu telah disambut meriah di seluruh wilayah-wilayah Islam,
lebih-lebih di Baghdad dan Syiria atas restu Khalifah Al-Mustadhi dan Emir
Nuruddin Zanki.
Mereka sangat berterima kasih kepada
Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi yang dengan kebijaksanaan dan kepintarannya
telah menukar suasana itu secara aman dan damai. Serentak dengan itu pula,
Wazir Besar Shalahuddin Al-Ayyubi telah merasmikan Universiti Al-Azhar yang
selama ini dikenal sebagai pusat pengajian Syiah kepada pusat pengajian
Ahlussunnah Wal Jamaah. Semoga Allah membalas jasa-jasa Shalahuddin.
Di Mesir, beliau telah berkuasa
penuh, tapi masih tetap taat setia pada
kepimpinan Nuruddin Zanki dan Khalifah di Baghdad. Tahun 1173 M, Emir Nuruddin
Zanki wafat dan digantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia
11 tahun dan bergelar Mulk al Shalih. Para ulama dan pembesar menginginkan agar
Emir Salahudin mengambil alih kuasa kerana tidak suka kepada Mulk al-Shalih
keran selalu cuai melaksanakan tanggungjawabnya dan suka bersenang-senang. Akan
tetapi Shalahuddin tetap taat setia dan
mendoakan Mulk al Saleh dalam setiap khutbah Jumaat, bahkan mengabadikannya
pada mata wang syiling.
BERMULANYA DINASTI AYYUBIAH 1174M
Apabila Damsyik terdedah pada serangan kaum
Salib, barulah Shalahudin menggerakkan pasukannya ke Syiria untuk
mempertahankan kota itu daripada jatuh. Tidak lama kemudian Ismail wafat, maka
Shalahuddin menyatukan Syria dengan Mesir dan menubuhkan Emirat Al-Ayyubiyah
dengan beliau sendiri sebagai Emirnya yang pertama. Dengan kewafatan Nuruddin
Zanki pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian
mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan
Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.
Tiada berapa lama kemudian,
Sultan Shalahuddin dapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah, Sudan, Yaman dan
Hijaz ke dalam kekuasaannya yang besar. Negara di Afirka yang telah diduduki
oleh askar Salib dari Normandy, juga telah dapat direbutnya dalam masa yang
singkat. Dengan ini kekuasaan Shalahuddin telah cukup besar dan kekuatan tenteranya cukup ramai untuk mengusir tentera kafir Kristian
yang menduduki Baitul Maqdis selama berpuluh tahun.
Sejurus selepas Nur ad-Din
meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana,
dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan
mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan
Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan
pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186
(Mosul).
Sementara Salahuddin Al-Ayubbi
menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib
dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas
tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun
tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia
ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari
Chatillon dan Kesatria Templar.
MELAWAN TENTERA SALIB
Keamanan di antara Salahuddin dan
negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada
1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam
serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan
tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang
Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang
Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang
kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci
dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak,
sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan
membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.
Dalam bulan Julai tahun 1187,
Salahuddin menyerang negeri-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur
dalam Pertempuran Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan, raja
negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan
dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera
Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik
perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan
beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga
berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.
Selepas tamatnya Perang Hattin,
Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai
tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2
Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib
(lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin.
Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu
sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan
Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada
tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau
kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.
Perang Hattin dan kejayaan tentera
Islam menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib
Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai
"Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre,
dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England
(Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua
belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu
sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik
perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil,
dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran
kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan
dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus
berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut
Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil
di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.
Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Setelah kematian Salahuddin, anak lelakinya berebut pembagian kekaisaran, hingga pada 1200 adik Salahuddin, Al-Adil, berhasil mengambil alih atas seluruh kekaisaran. Proses yang sama terjadi pada kematian Al-Adil pada 1218, dan pada anak lelakinya Al-Kamil yang meninggal pada 1238, tetapi Ayubiyyah tetap kuat. Pada 1250 Turanshah, Sultan Mesir Ayubiyyah terakhir, telah dibunuh dan digantikkan oleh jenderal-budak Mamluknya Aibek, yang mendirikan Dinasti Bahri.
Ayyubiyyah terus menguasai
Damaskus dan Aleppo hingga tahun 1260 ketika mereka dikuasai oleh Mongol dan
setelah kekalahan mongol di Ain Jalut, seluruh Suriah jatuh ke Mamluk.
No comments:
Post a Comment