Pengenalan
Perang Salib Pertama dilancarkan
oleh Paus Urban II pada tahun 1095 dengan dua matlamat; membebaskan
Baitulmuqaddis dan Tanah Suci dari kekuasaan orang Islam dan membebaskan
orang-orang Kristian Timur dari pemerintahan orang Islam.
Perang ini bertitik tolak dari rayuan Maharaja Empayar Byzantine, Alexios I Komnenos untuk mendapatkan tentera upahan Barat bagi menentang bangsa Turki di Anatolia dan rayuan ini dengan pantas bertukar kepada perpindahan dan penaklukan wilayah besar-besaran oleh Barat di luar Eropah.
Perang ini bertitik tolak dari rayuan Maharaja Empayar Byzantine, Alexios I Komnenos untuk mendapatkan tentera upahan Barat bagi menentang bangsa Turki di Anatolia dan rayuan ini dengan pantas bertukar kepada perpindahan dan penaklukan wilayah besar-besaran oleh Barat di luar Eropah.
Alp Arslan menewaskan tentera Bizantine dibawah Romanos IV di Manzikert pada 1071. Kemudian menubuhkan Kesultanan Seljuk Rum dan menjadikan Nicaea sebagai ibukota | . |
Pada 1071, Empayar Bizantine ditumpaskan di Pertempuran Manzikert, dan kekalahan ini menyebabkan Empayar kehilangan kesemua wilayah kecuali kawasan pesisiran Asia Minor (Turki baru). Walaupun Perpecahan Timur-Barat sedang bergolak antara penganut Roman Katolik di Barat dan gereja Yunani Ortodoks di Timur, Alexius I masih mengharapkan sedikit bantuan daripada rakan Kristian yang lain. Jawapan yang diterimanya adalah menggalakkan, Paus telah memanggil satu bala tentera penakluk yang bukan sahaja mempertahankan Empayar Byzantine, malah mengambil semula Baitulmuqaddis.
Ramai kesatria dan petani dari
pelbagai bangsa di Eropah Barat mengharungi daratan dan lautan menuju ke
Baitulmuqaddis. Mereka menakluki kota tersebut dalam bulan Julai tahun 1099 dan
menubuhkan Kerajaan Baitulmuqaddis dan negeri-negeri Salibi lain.
Latar belakang
Dalam tahun 1074, Paus Gregory
VII membuat seruan milites Christi (askar-askar al-Masih) untuk pergi membantu
Empayar Byzantine di Timur. Empayar Byzantium telah mengalami kekalahan teruk
di tangan bangsa Turki Seljuk dalam Pertempuran Manzikert tiga tahun
sebelumnya. Seruan ini, walaupun diabaikan malahan ditentang, yang ditambah
dengan bilangan ziarah yang besar ke Tanah Suci pada kurun-11, memfokuskan
perkara berkenaan perhatian kepada Timur.
Gesaan rahib-rahib seperti Peter the
Hermit dan Walter the Penniless yang menyebarkan cerita-cerita orang Islam
mengganggu jemaah haji Kristian yang menziarahi Baitul Maqdis dan tapak-tapak
suci lain, selanjutnya menyemarakkan lagi semangat Perang Salib.
Pope Urban II
adalah orang pertama yang menyebarkan idea Perang Salib untuk menawan Tanah
Suci kepada khalayak umum. Sebaik sahaja selesai mendengar ucapan Urban II yang
penuh dramatik dan rangsangan, para bangsawan dan paderi yang hadir mula
melaungkan perkataan yang terkenal, Deus vult (Tuhan menghendakinya).
Kristian dan Palestin
Ketika Palestin berada di bawah
kekuasaan Empayar Parsi dan pemerintahan Islam awal, jemaah haji Kristian ke
Tanah Suci pada umumnya dilayan dengan baik. Pemerintah Islam awal, Khalifah
Umar ibn al-Khattab membenarkan orang Kristian melaksanakan upacara mereka.
Pun begitu, bermula pada awal
kurun ke-11 Khalifah Syiah Fatimiyyah di Mesir, al-Hakim bi Amrillah mula
menganiaya orang Kristian Palestin dan membakar banyak bangunan Kristian. Pada
tahun 1009, al-Hakim memusnahkan makam Kristian yang paling suci, Kuburan Suci
(Holy Sepulcher). Al-Hakim akhirnya berlembut hati dan menghentikan pembunuhan
dan pembakaran, sebaliknya mengenakan cukai tol ke atas jemaah haji Kristian
yang mahu memasuki Baitul Maqdis.
Sekumpulan orang Islam berbangsa Turki, orang
Seljuk yang sangat kuat, agresif dan penganut Islam yang sangat tegas, mula
mencapai kuasa. Orang Seljuk memandang jemaah haji Kristian dengan pandangan
negatif sebagai kotor dan 'kasar' terhadap penganut Kristian Palestin.
Cerita-cerita penganiayaan itu mula disaring kembali ke Dunia Kristian Latin;
berbanding melemahkan semangat jemaah haji itu, ia membuatkan haji ke Tanah
Suci menjadi lebih suci.
Persidangan Clermont
Pada Mac 1095, Alexius I menghantar utusan ke Persidangan Piacenza untuk meminta
bantuan Urban II menentang orang
Turki. Permintaan maharaja itu mendapat jawapan yang menggalakkan daripada
Urban yang berharap agar mengubati Perpecahan Besar 40 tahun sebelumnya dan
menyatukan kembali gereja di bawah kekuasaan Pope sebagai "ketua bishop
dan paderi ke atas seluruh dunia" (seperti yang dirujuknya terhadap
dirinya sendiri di Clermont) dengan membantu gereja Timur pada masa mereka memerlukannya.
Di Persidangan Clermont, hadirin
berkumpul di tengah-tengah Perancis pada 27 November 1095, Pope Urban II menyampaikan
khutbah yang penuh perasaan kepada sekumpulan besar pendengar yang terdiri
daripada bangsawan dan paderi Perancis. Dia mengajak para pendengar supaya
merebut penguasaan Baitul Maqdis dari tangan orang Islam.
Perang Salib Rakyat/ Orang Awam
Pope Urban II merancang perlepasan tentera salib pada 15 Ogos 1096 (Pesta
Kenaikan Maryam ke Langit), tetapi beberapa bulan sebelum itu sejumlah tentera
petani yang tidak dijangkakan dan kesatria bawahan berkumpul dan bertolak ke
Baitulmaqdis bersendirian. Mereka diketuai oleh seorang rahib berkarisma dan
pemidato berpengaruh yang bernama Peter
dari Amiens.
Tindak balas adalah di luar
jangkaan: ketika Urban menjangkakan beberapa ribu orang kesatria sahaja,
kesudahannya seramai 100,000 menyertai pergerakan itu — namun begitu
kebanyakannya adalah pejuang-pejuang yang tidak berkemahiran termasuklah wanita
dan kanak-kanak.
5 pasukan tentera dari seluruh Eropah yang dikenali dalam sejarah dengan gelaran “Puak-puak Penggempur Rakyat Salib”. Pasukan ini telah menuju kearah Constantinople. Namun, dua dari lima pasukan ini telah tiba di Bulgaria. Mereka mendapati ramai dikalangan masyarakat di sana tidak memberi sokongan kepada mereka. Terdapat persengketaan kerana pasukan tentera Salib yang ramai ini dikatakan mengganggu penduduk setempat. Ini menyebabkan berlakunya pertempuran di antara tentera Salib dan penduduk Bulgaria, dalam pertempuran ini sebilangan besar tentera salib telah terbunuh.
Setelah itu, tiba satu pasukan tentera salib yang datang untuk melakukan serangan ke atas bangsa Yahudi yang menghuni tanah Rayin. Pasukan ini juga menerima nasib yang sama seperti dua pasukan yang pertama tadi, mereka telah dikalahkan di Hungary. Dua pasukan yang masih tinggal mengambil keputusan untuk menyeberangi Eropah. Dua pasukan ini dibawah pimpinan Peter the Hermit
5 pasukan tentera dari seluruh Eropah yang dikenali dalam sejarah dengan gelaran “Puak-puak Penggempur Rakyat Salib”. Pasukan ini telah menuju kearah Constantinople. Namun, dua dari lima pasukan ini telah tiba di Bulgaria. Mereka mendapati ramai dikalangan masyarakat di sana tidak memberi sokongan kepada mereka. Terdapat persengketaan kerana pasukan tentera Salib yang ramai ini dikatakan mengganggu penduduk setempat. Ini menyebabkan berlakunya pertempuran di antara tentera Salib dan penduduk Bulgaria, dalam pertempuran ini sebilangan besar tentera salib telah terbunuh.
Setelah itu, tiba satu pasukan tentera salib yang datang untuk melakukan serangan ke atas bangsa Yahudi yang menghuni tanah Rayin. Pasukan ini juga menerima nasib yang sama seperti dua pasukan yang pertama tadi, mereka telah dikalahkan di Hungary. Dua pasukan yang masih tinggal mengambil keputusan untuk menyeberangi Eropah. Dua pasukan ini dibawah pimpinan Peter the Hermit
Dalam perjalanan menyusuri Sungai
Danube, para pengikut Peter merampas
wilayah Bulgaria dan telah diserang oleh orang-orang Hungary, Bulgaria dan
malahan tentera Byzantine dekat Nish. Hampir seperempat daripada pengikut Peter
terbunuh, tetapi yang lainnya tiba di Constantinople dalam bulan Ogos.
Constantinople
adalah bandar besar di Eropah pada masa itu, tetapi "tentera" Peter
juga amat besar bilangannya, dan perbezaan budaya serta keengganan untuk
menyalurkan bekalan kepada orang-orang yang sebegitu besar jumlahnya membawa
kepada ketegangan. Selanjutnya di Constantinople, para pengikut Peter bukanlah
satu-satunya kumpulan tentera Salib - mereka menyertai tentera-tentera Salib
lain dari Perancis dan Itali. Alexius yang tidak tahu apa patut dibuat lagi terhadap tentera (asing) yang besar dan
ganjil itu, dengan pantas mengangkut mereka merentasi Selat Bosporus.
Setelah merentasi Asia Kecil,
tentera Salib mula bertelagah dan pasukan tentera itu berpecah kepada dua kem
berasingan. Sewaktu pasukan ini menyeberangi selat Bosfur,
mereka telah digempur oleh tentera Seljuk di bawah pimpinan Sultan Kilij Arslan sehingga kebanyakan daripada mereka terbunuh dalam penggempuran
tersebut. Bagaimana pun, Peter
terselamat dan kemudiannya menyertai pasukan utama tentera Salib. Pasukan
tentera lain yang terdiri daripada orang Bohemia dan Saxon tidak sempat
melepasi Hungary sebelum ia bercerai-berai.
Perang Salib Pembesar/Bangsawan
Perang Salib Pengiran, juga
dikenali sebagai Perang Salib Baron, dilancarkan kemudian pada tahun 1096 dalam
bentuk yang lebih terancang dan dipimpin oleh pelbagai bangsawan beserta
pasukan-pasukan kesatria dari pelbagai kawasan di Eropah.
Empat buah pasukan yang paling nyata di kalangan mereka ini ialah Raymond IV dari Toulouse yang mewakili kesatria-kesatria dari Provence, dan ditemani oleh duta Vatikan, Adhemar dari Le Puy; Bohemond dari Taranto yang mewakili bangsa Norman dari selatan Itali bersama anak saudaranya, Tancred; orang Lorraine di bawah pimpinan Godfrey adik beradik, Eustace dan Baldwin dari Boulogne; orang Perancis utara pimpinan Count Robert II dari Flanders, Robert dari Normandy (abang Raja William II dari England), Stephen, Count Blois, dan Hugh dari Vermandois (adik Raja Philip I dari Perancis) yang membawa panji-panji Pope.
Godfrey dan saudaranya Baldwin daripada Boulogne meminpin tentera-tentera salib
dari Loraine melalui Hungary dan tiba di Constantinople dalam bulan
Disember 1096M. Raymond dari Toulouse merupakan anak raja yang pertama
menceburkan diri dalam gerakan ini bersama dengan Bishop Adhemer telah
memimpin satu pasukan tentera dan sampai di sana pada bulan April 1097M.
Bohemond dari Taranto bersama dengan anak saudaranya telah memimpin satu
pasukan tentera Normanus melalui jalan laut dalam tiba bersama dengan
Raymond.
Di
samping itu juga pemimpin-pemimpin lain turut sampai seperti Hugh iaitu
adik kepada raja Philip 1 daripada perancis yang tiba pada November
1096M . Robert dari Normandy dan Stephen dari Blois iaitu pemegang
bendera St.Peter dari Pope telah tiba di sana sebelum penghujung tahun
1096M. Jumlah besar bilangan tentera-tentera salib yang berhimpun di
Costantinople pada waktu itu ialah seramai 900,000 orang.
Laluan Raymond, Robert, Godfrey dan Bohemond |
Laluan Tentera Salib ke Jerusalem/Baitulmaqdis |
Berarak ke Baitul Maqdis
Pelbagai pasukan tentera itu
mengambil pelbagai laluan berbeza ke Constantinople dan berkumpul di luar
dinding bandar itu antara November 1096
dan Mei 1097, dua bulan selepas penghancuran pasukan tentera Perang Salib
Orang Awam oleh orang-orang Turki.
Salah satu pasukan terbesar di kalangan tentera-tentera ini yang terdiri daripada mereka yang terselamat semasa Perang Salib Orang Awam menamakan diri sebagai "pasukan Tafur".
Alexius bersetuju untuk mengirim
sepasukan tentera Byzantine di bawah perintah Taticius untuk menemani tentera
salib merentasi Asia Kecil. Pada permulaan tahun 1097 M. tentera Salib telah menyeberangi selat Bosfur dan Marmara dan kemudiannya singgah di Asia Kecil yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Kalej Arsalan. Matlamat pertama mereka ialah Nicea, sebuah bandar
lama Byzantine, tetapi kini telah menjadi ibukota Kesultanan Rum Seljuk di
bawah pemerintahan Kilij Arslan I. Setelah Kilij Arslan I dapat mengetahui tentang kemaraan tentera Salib
menuju ke Nicea, beliau telah mengumpulkan pasukan tenteranya untuk
menghadapi tentera Salib.
Anatolia 1097, |
Pertahanan tentera Saljuk telah digempur oleh tentera Salib setelah
lebih kurang sebulan lamanya mereka mengepung bandar itu. Akhirnya
bandar tersebut telah ditawan oleh tentera Salibiyyah pada 18
Jun. Tentera salib yang masih ditemani
oleh beberapa askar di bawah perintah Ttaicius, berarak ke Dorylaeum, tempat
Bohemond diperangkap oleh Kilij Arslan. Dalam Pertempuran Dorylaeum pada 1
Julai, Godfrey memecah masuk barisan tentera Turki, dan dengan bantuan
askar-askar yang dipimpin oleh Adhemar, menewaskan orang Turki dan merampas kem
mereka.
Kilij Arslan berundur dan tentera salib berarak hampir tanpa tentangan melalui Asia Kecil menuju ke Antioch, kecuali satu pertempuran pada September yang dalam pertempuran itu mereka sekali lagi menewaskan orang Turki. Sepanjang jalan, tentera salib dapat menawan sejumlah bandar seperti Sozopolis, Iconium dan Caesarea walaupun kebanyakan bandar ini jatuh kembali ke tangan orang Turki pada tahun 1101.
Kilij Arslan berundur dan tentera salib berarak hampir tanpa tentangan melalui Asia Kecil menuju ke Antioch, kecuali satu pertempuran pada September yang dalam pertempuran itu mereka sekali lagi menewaskan orang Turki. Sepanjang jalan, tentera salib dapat menawan sejumlah bandar seperti Sozopolis, Iconium dan Caesarea walaupun kebanyakan bandar ini jatuh kembali ke tangan orang Turki pada tahun 1101.
Setelah melepasi Pintu Gerbang
Cilicia, Baldwin dari Boulogne bertolak dengan diri sendiri meninggalkan tentara salib utama, dimana melalui selatan melewati Antiokhia dan Yerusalem, dan pergi ke selatan ke Sisilia, lalu ke timur ke Edessa. Di Edessa, ia diyakinkan oleh penguasa Edessa, Thoros,
untuk mengadopsinya sebagai anak dan ahli waris. Di Edessa pada awal tahun 1098, dia
diangkat sebagai pewaris oleh Raja Thoros, pemerintah Ortodoks Yunani
yang tidak disukai rakyatnya yang berbangsa Armenia. Tidak lama kemudian Thoros
dibunuh dan Baldwin menjadi pemerintah baru, dengan itu membentuk Wilayah
Edessa, negeri Salibi pertama. Pada tahun 1100, Baldwin menjadi Raja Yerusalem ketika saudaranya Godfrey dari Bouillon meninggal.
Pengepungan Antioch
Sementara pasukan tentera salib
mara ke Antioch yang terletak lebih kurang setengah jalan antara Constantinople
dan Baitul Maqdis. Mereka tiba pada Oktober 1097 dan mengepungnya selama hampir
lapan bulan, semasa tempoh mereka juga perlu menewaskan dua buah pasukan
tentera bantuan yang besar di bawah pimpinan Duqaq dari Damsyik dan Ridwan dari
Aleppo. Antioch sangat besar sehinggakan tentera salib tidak mempunyai askar
yang cukup untuk mengepung keseluruhannya, dan dengan itu ia mampu bertahan
menerima bekalan separa. Apabila pengepungan itu berlarutan, jelas bahawa
Bohemond mahukan bandar itu untuk dirinya sendiri.
Pada Mei 1098, Kerbogha dari
Mosul mendekati Antioch untuk memecahkan pengepungan itu. Bohemond merasuah
seorang pengawal bandar itu yang berbangsa Armenia supaya menyerahkan menara
kawalannya, dan pada Jun tentera salib memasuki bandar itu dan membunuh hampir
kesemua penghuninya. Bagaimana pun, beberapa hari kemudian orang Islam tiba dan
melancarkan pengepungan ke atas bekas para pengepung itu.
Pada 28 Jun, tentera salib
menewaskan Kerbogha dalam satu pertempuran sengit di luar kota, kerana Kerbogha
tidak mampu lagi menyusun atur pelbagai puak dalam pasukan tenteranya. Ketika
tentera salib sedang mara kepada orang Islam, seksyen Fatimiyah dalam pasukan
tentera itu meninggalkan kontigen Turki itu kerana mereka bimbang Kerbogha akan
menjadi terlalu berkuasa sekiranya dia berjaya menewaskan tentera salib.
Kekalahan Khalij Arsalan ini membuka peluang kepada tentera Salib untuk
meneruskan perjalanan menuju ke Haracks. Pemimpin tentera Salib Bohemund
dapat menguasai kota Antioch pada 3 Jun 1098 M.
Bohemond berhujah bahawa Alexius
telah meninggalkan tentera salib dan dengan itu membatalkan semua sumpah setia
mereka kepadanya. Bohemond mempertahankan tuntutannya ke atas Antioch, tetapi
tidak semua bersetuju, terutamanya Raymond dari Toulouse, dan perang salib
ditangguhkan selama sepanjang tahun itu manakala para bangsawan bertelagah
sesama sendiri.
Menjadi anggapan historiografi yang umum bahawa tentera Frank
dari utara Perancis, tentera Provence dari selatan Perancis dan tentera Norman
dari selatan Itali menganggap diri mereka adalah "bangsa-bangsa"
berasingan dan bahawa masing-masing mahu menaikkan status masing-masing. Ini
mungkin berkaitan dengan pertelagahan itu, tetapi keinginan perseorangan sahaja
nampaknya yang dipersalahkan.
Sementara itu, satu wabak
(berkemungkinan tifus) telah melanda dan membunuh ramai orang termasuklah
Adhemar. Sekarang bilangan tentera lebih kecil daripada kuda berbanding sebelum
ini, dan petani-petani Islam enggan memberi makanan kepada mereka.
Pada
Disember, penawanan bandar Arab Ma'arrat al-Numan pun berlaku, dan dengannya
terjadi insiden kanibalisme oleh tentera salib yang pertama diketahui.
Askar-askar dan kesatria bawahan kekurangan rehat dan mengancam untuk terus ke
Baitul Maqdis tanpa ketua-ketua mereka yang sering bergaduh. Akhirnya, pada
awal tahun 1099, perbarisan itu diperbaharui dengan meninggalkan Bohemond di
belakang sebagai penguasa Antioch yang pertama.
Pengepungan Baitul Maqdis (1099)
Setelah tentera-tentera Karbagha dapat dikalahkan oleh Raymond, beliau meninggalkan Anticoh untuk menuju Timur Laut ke Marra.
Sambil mara ke pantai
Mediterranean, tentera salib hanya menerima sedikit tentangan, kerana
pemerintah-pemerintah tempatan lebih suka membuat perjanjian damai dengan
mereka dan memberi mereka bekalan berbanding melawan. Pada 7 Jun tentera salib
sampai di Baitul Maqdis yang ditawan kembali daripada orang Seljuk oleh
kerajaan Fatimiyyah Mesir setahun yang lalu. Ramai tentera salib menangis
apabila memandang kota yang disebabkannya mereka telah membuat perjalanan yang
begitu panjang untuk sampai.
Seperti di Antioch, tentera salib
membuat pengepungan panjang ke atas kota ini yang di situ tentera salib
menderita banyak kesusahan disebabkan kekurangan makanan dan air di sekitar
Baitul Maqdis. Daripada 7,000 orang kesatria yang mengambil bahagian dalam
Perang Salib Pengiran, hanya 1,500 orang yang tinggal. Berdepan dengan tugasan
yang kelihatannya mustahil, moral mereka meningkat apabila seorang paderi
bernama Peter Desiderius, telah mendakwa mempunyai mimpi ilahi yang menyuruh
mereka supaya berpuasa dan kemudian mara dalam perarakan sambil berkaki ayam di
sekeliling dinding kota itu, yang akan jatuh ke tangan mereka selepas sembilan
hari, menurut contoh Joshua dalam Bible semasa mengepung Jericho.
Pada 8 Julai
1099, tentera salib melaksanakan perarakan seperti yang diarahkan Desiderius.
Askar-askar Genoa yang dipimpin oleh komander Guglielmo Embriaco
mencerai-beraikan kapal-kapal yang dinaiki orang Genoa untuk datang ke Tanah
Suci sebelumnya; Embriaco menggunakan kayu kapal-kapal itu untuk membina
beberapa menara-menara pengepung dan tujuh hari kemudian pada 15 Julai, tentera
salib dapat mengakhiri pengepungan itu dengan memecahkan bahagian-bahagian
dinding dan masuk ke dalam kota itu. Sesetengah tentera salib juga masuk
melalui pintu masuk jemaah haji terdahulu.
Setelah mengepung sebulan lamanya, tentera-tentera salib berjaya menguasai Jerusalem pada 15 Julai 1099M.
Sepanjang tengahari dan petang
hari itu serta pagi keesokannya, tentera salib membunuh hampir keseluruhan
penghuni Baitul Maqdis. Orang Islam, Yahudi dan malahan orang Kristian Timur
semuanya dibunuh beramai-beramai. Walaupun ramai orang Islam mencari
perlindungan di Masjid al-Aqsa dan orang Yahudi di sinagog mereka di Tembok
Barat, tentera salib hanya membiarkan sedikit sahaja yang hidup.
Tancred menuntut hak Temple of Mount untuk dirinya sendiri
dan menawarkan perlindungan kepada sebahagian orang Islam di situ, namun dia
tidak mampu menghalang kematian mereka di tangan konco-konco tentera salibnya.
Raymond dari Toulouse ditawarkan
dengan hak kerajaan Baitul Maqdis namun dia menolak sambil berkata bahawa dia
tidak akan memakai "mahkota emas" di tempat al-Masih telah memakai
"mahkota duri".
Godfrey dari Bouillon, diangkat sebagai penguasa Baitul Maqdis. Perpecahan umat Islam yang terjadi pada masa itu adalah penyebab utama kejatuhan Baitul Maqdis. Jatuhnya ibu kota ini ke tangan kaum Frank menandakan berakhirnya Perang Salib Pertama. Godfrey meninggal dunia pada Julai 1100 dan
digantikan oleh adik lelakinya Baldwin dari Edessa yang mengambil gelaran Raja
Baitul Maqdis.
Perang Salib (1101) dan penubuhan kerajaan Baitul Maqdis
Pada tahun 1101, satu lagi perang salib dilancarkan, termasuklah Stephen
dari Blois dan Hugh dari Vermandois, kedua-duanya pulang ke kampung
halaman sebelum sempat sampai di Baitul Maqdis. Perang salib ini
hampir-hampir digagalkan oleh orang Seljuk di Asia Kecil, tetapi mereka
yang terselamat membantu memperkukuhkan kerajaan Baitul Maqdis apabila
mereka tiba di kota tersebut.
Setelah terjadinya Perang Salib Pertama dan Perang Salib 1101, terdapat tiga negara tentara salib yang didirikan di timur: Kerajaan Yerusalem, Kerajaan Antiokhia, dan Kerajaan Edessa. County Tripoli didirikan pada tahun 1109
Dengan penawanan Baitul Maqdis dan Kuburan Suci, ikrar perang salib kini telah dipenuhi. Bala tentera salibiyah telah mengambil peluang untuk menjadikan Aqsa sebagai gereja.Kubah Sahra’ telah dijadikan gereja selama hampir seratus tahun sehinggalah ia dibebaskan oleh Salahuddin Al- Ayubi.
Setelah terjadinya Perang Salib Pertama dan Perang Salib 1101, terdapat tiga negara tentara salib yang didirikan di timur: Kerajaan Yerusalem, Kerajaan Antiokhia, dan Kerajaan Edessa. County Tripoli didirikan pada tahun 1109
Negara tentera salib selepas perang salib pertama |
Dengan penawanan Baitul Maqdis dan Kuburan Suci, ikrar perang salib kini telah dipenuhi. Bala tentera salibiyah telah mengambil peluang untuk menjadikan Aqsa sebagai gereja.Kubah Sahra’ telah dijadikan gereja selama hampir seratus tahun sehinggalah ia dibebaskan oleh Salahuddin Al- Ayubi.
Sebelum perang Salib |
Selepas perang salib pertama |
Iktibar
Keadaan di Asia kecil iaitu Turki dan Syiria banyak memberi peluang
kepada kemenangan tentera salib yang pertama. Dunia Islam masih tidak bersatu dan kurang bersiap untuk
menghadapi peperangan yang tak di-sangka-sangka dari pihak Kristian.
Sultan Saljuk telah
meletakkan tentera-tentera yang tidak teratur di wilayah-wilayah yang
mereka takluki. Manakala kepentingan dan kebajikan rakyat tidak diambil
ambil perhatian. Dan mereka tidak mendapat kerjasama yang
sepenuhnya daripada rakyat yang ditakluki itu.
Berikutan dengan itu,
apabila tentera salib dapat mengalahkan tentera Saljuk dengan menguasai Nicea , telah membuka jalan yang seluas-luasnya untuk masuk ke Asia
kecil. Kematian Malik Shah raja Saljuk yang terakhir telah menabahkan
lagi kelemahan tentera Saljuk , manakala negeri-negeri yang ditaklukinya
mula berpecah menjadi wilayah kecil yang berasingan akhirnya Syiria
juga telah mengisytiharkan pengasingan.
Dalam tahun 1095M Ridzwan dan
Dekak dua bersaudara telah telah memerintah Aleppo dan Damascus, tetapi
kedua-dua saudara ini telah berselisih faham dan sentiasa bertengkar
antara satu sama lain.
Kekalahan tentera Islam adalah berpunca rasa
ketidakpercayaan antara sesama pasukan. Tentera bantuan dari Syria enggan
mematuhi perintah gabenor Antioch, Yaghisian, kerana mereka beranggapan
panglima dari Syria lebih tinggi daripada gabenor sebuah jajahan dari Syria.
Kekalahan mereka juga disebabkan terdapat pengkhianat yang membocorkan rahsia
pasukan Islam kepada para pimpinan tentera salib yang menjanjikan hadiah yang
besar.
Setahun sebelum pasukan salib menyerang Jerusalem, pasukan
Syiah Dinasti Fathimiyah telah merebut Jerusalem dari tangan Dinasti Sunni
Abbasiyah. Sejarawan menduga kuat bahawa kesatria salib dan kesatria Syiah
Fathimiyah telah bekerjasama dalam menghancurkan Dinasti Abbasiyah, walaupun
kerjasama itu hanya diketahui sedikit tokoh elit keduanya. Justeru, perang yang
terjadi antara pasukan salib dan pasukan Syiah Fathimiyah pada tahun 1099 hanya
menyebabkan korban nyawa yang sia-sia.
Orang Islam
sudah kehilangan kehendak untuk berjihad. Sudah tentulah tentera Kristian
mendapat peluang untuk menang. Al-Sulami dalam tulisannya "Kitab Jihad"
menyalahkan kekalahan orang Islam atas keruntuhan iman dan perpecahan politik
dunia Islam. Dia mengsyorkan supaya orang Islam yang dijajah berjihad besar
dahulu dengan diri sendiri sebelum berjihad menentang tentera Kristian.
Malangnya nasihat-nasihat Al-Sulami tidak di-ikuti, dan
dalam masa 50 tahun kemudiannya, pemerintah dan tentera Islam yang berbalah
antara satu sama lain lebih rela untuk membuat pakatan bersama tentera Kristian
daripada menyerang mereka; Orang Muslim dan tentera Kristian akan berperang
dengan orang Muslim dan tentera Kristian yang lain.
Konsep "jihad" dalam Islam terbahagi kepada dua.
Yang pertama jihad melawan sifat buruk dalam diri-sendiri atau sifat yang
sayangkan atau cintakan dunia dari akhirat (jihad yang terbesar) dan jihad
untuk mempertahankan tanah air (Negara Islam)dari serangan dan meluaskan
kawasan Islam (jihad). Keadaan yang terbaik sekali ialah bila dua jenis jihad
ini dapat disatukan dalam diri seorang Muslim.
Kronologi peristiwa
Kronologi peristiwa
Mac 1095 Alexius I meminta bantuan Paus Urban II
November 1095 Persidangan Clermont (ucapan Paus Urban II)
1096-1097 Tentera salib tiba di Kostantinopel
Julai 1097 Pertempuran Dorylaeum
Oktober1097-Jun 1098 Pengepungan Antioch
Mac 1098 Baldwin dari Boulogne merebut Edessa
Jun 1098 Pertempuran Antioch
Julai 1098 Kejatuhan Baitul Maqdis
Godfrey terpilih menjadi raja yang pertama
1096-1097 Tentera salib tiba di Kostantinopel
Julai 1097 Pertempuran Dorylaeum
Oktober1097-Jun 1098 Pengepungan Antioch
Mac 1098 Baldwin dari Boulogne merebut Edessa
Jun 1098 Pertempuran Antioch
Julai 1098 Kejatuhan Baitul Maqdis
Godfrey terpilih menjadi raja yang pertama
No comments:
Post a Comment