Daripada Abu al-'Abbas Sahlu
ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata:
Seorang lelaki telah datang
menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku
lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: Zuhudlah engkau
terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya
manusia akan mengasihimu.
Hadis riwayat lbnu Majah dan
lain-lain dengan sanad-sanad yang baik
(Hadis ini adalah daripada
riwayat Khalid ibn ‘Umar dan al-Qurasyie daripada Sufian daripada al-Thauri Abu
Hazim daripada Sahl. Al-Imam Ahmad berkata berkenaan dengan Khalid : Dia adakah
orang yang mungkar dalam riwayatnya, dia meriwayatkan cerita-cerita batil. Ibnu
Ma‘in pula berkata dia adalah pendusta. Saleh ibn Muhammad dan Ibnu ‘Adie
menghubungkannya (Khalid) sebagai orang yang mereka-reka hadis palsu.
Latar belakang hadith
Hadith ini telah dibuktikan
lemah oleh banyak ulama’ antaranya Ibnu Rajab. Namun ianya masih kerap
digunakan oleh kerana mengandungi pengajaran yang sangat berguna :
1. Walaupun hadith ini lemah,
namun ianya mengandungi perkara yang benar dan boleh diterima pakai. Dengan
itu, para ulama’ masih terus menggunakan hadith ini walaupun bukan sebagai
hujah.
2. Hadith ini adalah mengenai
1 konsep yang sangat besar dalam islam yakni al-zuhd. Memandangkan kebelakangan
ini, terdapat banyak salah faham mengenai al-zuhd, sangat penting bagi kita
untuk membenterasnya dan mengembalikan maksud asal konsep ini terutama bagi
umat islam sendiri.
Keterangan hadith :
Hadith ini menekankan aspek
al-zuhd atau zuhud yang jika ditafsirkan bermaksud :
Perkataan "zuhud' adalah
dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang
bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana
kekurangannya. Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur'an dengan ungkapan
"al-Zahidin" maksudnya 'orang yang tidak suka'. Demikian jugs
penggunaannya di dalam hadith-hadith dengan ungkapan yang berbeza-beta tetapi
mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza.
Perkataan Zuhud dalam
penggunaan biasa memberi erti sebagaimana di alas. Tetapi pengertian zuhud yang
lebih khusus, seperti yang dimaksudkan dalam tulisan ini ialah kebencian hati
terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana
mentaati Allah s.w.t. sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya,
tapi mengelakkan diri dari kegemaran itu dan meninggalkannya. (Professor Madya Dr. Abdul Halim
Muhammady-Konsep Zuhud Dalam Islam: Suatu Renungan di Alaf Baru)
Rasulullah S.A.W menyatakan
bahawa meninggalkan dunia ataupun mengamalkan zuhud akan membawa kepada
kasihnya Allah kepada kita dan Meninggalkan/tidak mengendahkan apa yang
dimiliki oleh orang lain(harta dsb) akan menyebabkan kita dikasihi manusia.
Banyak ayat Quran dimana Allah
menekankan konsep zuhud terhadap dunia antaranya:
…Harta benda yang menjadi
kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan
(balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa
(kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan
dianiaya sedikit pun. (4:77)
(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan
yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat
lebih baik dan lebih kekal. (87:16-17)
Di dalam Sahih Muslim,
diriwayatkan oleh Jaber Ibn 'Abdullah, radiyallahu 'anhu, Rasulullulah pernah
lalu dihadapan kambing yang mati di sebuah pasar. Kambing tersebut telah
dipotong telinganya. Baginda memegang telinga kambing itu dan bertanya samada
sesiapa meninginkannya dengan harga 1 dirham sahaja (nilai yang sangat rendah).
Mereka menjawab bahawasanya mereka tidak menginginkannya walaupun dengan
percuma sekalipun. Apakah yang boleh mereka buat dengan kambing yang telah itu?
Rasulullah bertanya sekali lagi akan sesiapa yang menginginkannya (tanpa
bayaran). Kemudian mereka menjawab jika kambing itu hidup sekalipun, mereka tidak
akan membelinya kerana telinganya telah dipotong. Inikan pula untuk
mendapatkannya bila ia telah mati. Baginda S.A.W berkata, “Kehidupan di dunia
ini sangat kecil pada Allah sepertimana kecilnya nilai kambing yang mati itu
kepada kamu.”
Pengajaran 1
Abu Muslim Al-Hawlani(ulama’
terdahulu) mengatakan zuhud di sini tidak bermaksud mengharamkan perkara yang
dihalalkan atau supaya membazir harta, tapi bermaksud seorang hamba itu
meletakan kepercayaan penuh pada Allah lebih dari apa yang dia miliki. Jika mereka
ditimpa malapetaka, mereka tidak akan menyesalinya dan akan mengharapkan
pembalasan di akhirat kelak.
Ibnu Rajab mengatakan al-zuhd bermaksud 3 tingkah laku hati yakni:
1. Segalanya datang dari Allah
dan bukan atas usaha atau tindakannya. Dia perlu percaya pada Allah lebih dari
kepercayaannya terhadap kemampuannya atau apa yang dia miliki.
2. Jika dia kehilangan
sesuatu, dia tidak akan menghiraukannya/menyesalinya kerana tujuan utama
hidupnya hanyalah untuk mencari ganjaran akhirat.
3. Seorang muslim tidak patut
menghiraukan pujian, kutukan atau kritikan orang lain. Dia tidak meminta untuk
dipuji dan jika dipuji sekalipun dia tidak bangga. Apabila
dipersalahkan/dikritik, dia tidak akan terasa kerana ianya tidak benar tapi
jika sebaliknya dia perlu menerimanya dan membaiki diri.
Imam Ahmad Hanbal apabila
ditanya samada seorang yang memiliki 1000 dinar masih zahid atau tidak
menyatakan orang ini masih boleh dikategorikan sebagai zahid jika dia tidak
gembira apabila wang dia miliki bertambah dan tidak pula sedih apabila ia
berkurangan. Kita tidak boleh menjadi hamba kepada dunia dan harta namun
ini tidak bererti kita tidak boleh zuhud dan pada masa yang sama berharta. Yang
pentingnya kita perlu sentiasa bersyukur kepada Allah dan mengunakan harta yang
dimiliki pada jalan yang betul.
Sufian Ibn 'Uyainah(seorang
ulama’ terkenal) menyatakan orang yang zahid adalah orang yang apabila
dikurniakan dengan rahmat dia bersyukur dan apabila melalui ujian dia tetap
bersabar.
Seorang lagi ulama’
berpendapat al-zuhd adalah kita sentiasa bersedia dalam hati dan ingatkan
akhirat(mati). Ini membawa maksud perasaan hati dimana seorang individu
merasakan dia tidak akan hidup lama dan ini akan memotivasi diri untuk menjadi
lebih baik kerana sedar peluang untuk menambah pahala sudah semakin sedikit.
Oleh itu, ada ulama’ yang
mengkelasifikasikan zuhud kepada kategori-kategori tertentu, zuhud terhadap
dosa, terhadap nafsu dan dari melakukan perkara yang dibenarkan secara
berlebihan contonya tidur untuk masa yang lama.
Ibnu Rajab menyatakan
kesedaran tentang pendeknya hayat kita akan membawa kita kepada keinginan untuk
bertemu Allah dan sentiasa menantikan hari akhirat dan ini adalah tahap zuhud
yang tertinggi. Kita patut melihat kehidupan dunia sebagai sesuatu yang hina
bukan kerana kandungan atau sunnatullah yang ada didalamnya tapi kerana
perbuatan sesetengah golongan yang tidak melakukan amal makruf tetapi yang
mungkar. Semua ini akan mencetuskan keburukan dan inilah yang perlu kita benci
dan hina.
Sepatutnya peluang yang diberi
untuk berada dimuka bumi ini digunakan untuk sampai ke destinasi akhir. Perlu
sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan segala kurniaan. Melakukan perkara
dibenarkan juga untuk mencari kejayaan di akhirat. Contonya makan dan tidur
dengan secukupnya untuk membolehkan kita beribadat dengan sempurna.
Sesetengah muslim menyalah
anggap konsep zuhud lalu mengundang kepada kemunduran umat ini. Keperluan
membina tamadun yang dianggotai pelbagai pakar dalam pelbagai bidang amat perlu
dan untuk itu segala usaha dan bidang yang boleh diceburi tidak patut dipandang
rendah atau hina.
Jadi kesimpulannya disini adalah, zuhud bukan bererti meninngalkan
dunia dan hanya beribadah sepanjang masa tapi melakukan ibadah dan pada waktu
yang sama menjalankan segala aktiviti keduniaan dengan niat atau tujuaan demi
Allah dan untuk mencapai kejayaan di akhirat.
Sering kali kita dapat lihat
sebilangan da’ie meninggalkan aspek keduniaan dan menganggap dakwah tiada
kaitannya dengan dunia atau mengabaikannnya kerana merasa ia tidak penting.
Mereka sering mengenepikan pelajaran, pekerjaan dan tanggungjawab (keluarga dan
diri) dengan alas an untuk berdakwah. Hal ini bukan sahaja mengundang
kehancuran diri mereka malah turut membawa fitnah kepada dakwah itu sendiri.
Seperti yang ditekankan diatas, kita selaku daie tidak sepatutnya mencampakkan
dunia secara 100% tapi mengunakannya sebagai jalan untuk mencapai kejayaan di
akhirat dan sebagai satu alat untuk berdakwah. Caranya sangat banyak dan
berbeza untuk setiap situasi. Untuk diri para pelajar sendiri yang turut sibuk
berdakwah, kita perlu menyeimbangkan pelajaran dan tanggungjawab berdakwah
iaitu dengan mempamirkan kejayaan dalam akedemik supaya akan dicontohi orang
lain.
Pengajaran 2 hadis:
(1) Hadis ini menerangkan
suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
(2) Zuhud terhadap dunia
mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah
membenci, berpaling,
meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan
hati dari mengingati perkara
dunia.
(3) Zuhud terhadap apa yang
dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa
yang dimiliki oleh manusia
serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan
bererti membenci sehingga suka
agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat
dilarang.
(4) Zuhud sebenar bukan
bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah
tidak menjadikan dunia dan
kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya
memenuhi dunia seumpama yang
terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman
ibn 'Auf, kerana matlamat
hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda
selainNya.
Pengajaran 3 Hadis:
(1) Hadis ini menerangkan
suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
(2) Dari segi bahasa
zuhud/zahid ialah berpaling daripada sesuatu atau tidak mengkehendaki kepada
sesuatu kerana tiada mutu atau nilainya.
(3) Dari segi syarak zuhud
ialah mengambil sekadar yang perlu daripada sesuatu yang diyakini halalnya.
(4) Warak pula bererti tidak
mahu mengambil atau menggunakan sesuatu yang syubhah (yang kesamaran hukumnya)
kerana ditakuti jatuh kepada yang haram.
(5) Zuhud terhadap dunia
mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah membenci,
berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta
mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.
(6) Zuhud terhadap apa yang
dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang
dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik
orang. lni bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain
hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.
(7) Zuhud sebenar bukan
bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah
tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun
kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah
SAW seperti Abdul Rahman ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah
Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.
(8) Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Orang yang zuhud dariapda segala kesenangan dunia menjadikan
hatinya lapang di dunia dan di akhirat. Sedangkan orang yang mencintai dunia
hatinya menjadi resah di dunia dan di akhirat.”
(9) Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Sebaik-baik negeri adalah dunia bagi mereka yang berbekal
daripadanya untuk akhiratnya hingga reda Tuhannya, dan sejahat-jahat negeri
bagi mereka yang menghalangi daripada akhiratnya dan memundurkan dia daripada
keredhaan Tuhannya. Dan apabila seorang hamba berkata: ‘Semoga Allah burukkan
dunia’, maka berkatalah dunia kepadanya: ‘Allah burukkan dia kerana dialah yang
derhakakan kami kepada Tuhannya.”
(10) Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Kemuliaan seseorang ialah berdiri pada waktu malam (untuk
solat) dan kehormatanya ialah terkaya (tidak bergantung) daripada manusia.”
(11) Saidina Ali k.w.h
berkata: “Dunia ini adalah negeri benar bagi orang yang benar padanya, negeri
balasan bagi orang yang memahaminya dan negeri kekayaan bagi orang yang
menyediakan bekalan-bekalan dariapadanya.”
(Riwayat Abdul Jabar bin
Wahab)
Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من
الحديث :
Menuntut kecukupan terhadap
dunia adalah perkara wajib, sedang zuhud adalah tidak adanya ketergantungan dan
terpusatnya perhatian terhadapnya.
Secara syar’i, zuhud bermakna
mengambil sesuatu yang halal hanya sebatas keperluan. Ibnu Taimiyah berkata,
“Zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat di akhirat nanti,
sedangkan wara’ adalah meninggalkan sesuatu yang ditakuti bahayanya di akhirat
nanti.”
Bersikap qanaah terhadap rizki
yang halal dan ridha terhadapnya serta bersikap ‘iffah dari perbuatan haram dan
hati-hati terhadap syubhat.
Jiwa yang merasa cukup dan
iffah serta berkorban dengan harta dan jiwa di jalan Allah merupakan hakikat
zuhud.
Fiqh Dakwi dan Tarbawi :
Zuhur adalah perisai kepada
orang yang beriman. Akhlak inilah yang membezakan Da’ie daripada orang awam
sewaktu segala kenikmatan dunia berada di dalam genggamannya baik harta,
pangkat, kedudukan mahupun segala macam materials
Untuk memahami zuhud dan
menghayatinya, penghayatan terhadap fitnah dunia yang bersifat sementara, tidak
tetap, seringkali berubah, rendah, hina dan membawa bahaya yang besar ketika
manusia menyintainya (penyakit wahn). Sesungguhnya akhirat itulah kampung
kediaman kita yang kekal abadi. (al-A’la: 16-17, al-Anfal: 67, kisah Qorun
al-Qoshosh: 79-83, ar-Ra’d: 26, an-Nisa’: 77, Ghofir: 38-39)
Zuhud bukan bermaksud meninggalkan harta dan
menagih sedekah. Zuhud terpancar ketika Allah ta’ala menguji kita dengan
nikmatnya, baik harta, pengkat mahupun populariti ketikamana kita sedang
melaksanakan perintahnya untuk memakmurkan bumi Allah dengan Islam.
Nabi saw. adalah qudwah dalam
kerajinan kerja, bersungguh dalam melakukan amal soleh, paling tekun dalam
beribadah dan paling terkehadapan dalam jihad. Tetapi beliau tidak mengambil
kesempatan terhadap manfaat dunia hasil jerih payahnya dan menikmati hidup yang
sangat sederhana.
Rasulullah saw. bersabda,
“Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku takuti atas kalian, tetapi aku takut
pada kalian dibukakannya dunia bagi kalian sebagaimana telah dibuka bagi umat
sebelum kalian. Kemudian kalian berlomba-lomba sebagaimana mereka
berlomba-lomba, dan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan
mereka.” (Muttafaqun ‘alaihi)
No comments:
Post a Comment