Monday 29 July 2013

MUKADDIMAH SURAH AL-ANFAL 2: KEKELIRUAN PENGERTIAN JIHAD

1. Kekeliruan memahami pengertian jihad

  • mencampur-adukkan manhaj Islam dalam nas yang mengingkari pemaksaan memeluk akidah dengan manhaj meruntuhkan kekuatan politik material yang menghalang manusia dari Islam
    • sebenarnya kedua hal ini tiada hubungan
    • mereka batasi jihad dengan perang membela diri
    • jihad bagi mereka tiada hubungan dengan perang
  • dinul Islam merupakan prolakmasi (pengumuman) kemerdekaan manusia
    • dari penyembahan sesama manusia (termasuk hawa nafsu) kepada penyembahan Allah
    • uluhiyah (yang berhak disembah) hanya untuk Allah
    • rububiyyah (kuasa mencipta dan mengatur alam ) hanya untuk Allah

  • proklamasi (pengumuman) Islam juga beerti merobohkan kerajaan manusia, untuk menegakkan kerajaan Allah
    • (al-zukhruf:84)
    • (yusuf:40)
    • (ali Imran;64)

  • Kerajaan Allah di muka bumi tidak akan tegak kalau yang berkuasa itu pemuka agama (gereja) atau yang berbicara atas nama tuhan (teokrasi)
    • tetapi, kerajaan Allah menjadikan syariat sebagai penentu.

  •  tabligh dan penerangan sahaja tidak cukup untuk
    • menegakkan kerajaan Allah
    • mendominasi syariat Allah
    • menyingkirkan semua undang-undang manusia

  • mereka tidak akan serah kuasa semata-mata kerana tabligh dan penerangan sahaja
    • kalau begitu, tugas rasul mudah sahajalah
    • bertentangan dengan realiti sejarah rasul

  • pengumuman Islam adalah pengumuman yang bergerak, realistik dan aktif
    • memerlukan harakah (pergerakan) disamping bentuk penerangan
    • menghadapi realiti manusia dengan semua sisinya
      • dengan cara-cara dan sarana-sarana yang sesuai bagi setiap sisinya

  • Realiti manusia” menentang agama Islam kerana
    • Islam telah isytihar untuk bebaskan manusia dari segala kuasa selain kuasa Allah
    • tentang Islam dengan wujudkan halangan kebendaan, politik, ekonomi ,kepercayaan batil.
    • Semua halangan ini bercampur-aduk dan menyulitkan

  • hadapi halangan ideologi, material, politik.
    • penerangan hadapi halangan akidah manakala harakah hadapi halangan lain (kuasa politik)
    • penerangan dan harakah bersama-sama menghadapi “realiti manusia” secara umum, dengan wasilah yang memadai bagi setiap unsur
    • penerangan dan harakah harus membebaskan manusia secara total di seluruh mukabumi



  • Hadis dari Adi Bin Hatim riwayat Imam tarmizi (Nasrani musyrik kerana beribadah selain Allah)
    •  Adi beragama Nasrani masa jahiliah
    • Saudara perempuannya anjur memeluk Islam dan dating kepada Rasulullah
    • Di leher Adi ada kalung salib. Rasulullah baca ayat (at-Taubah:31)
      •  “mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib mereka sebagai tuhan selain Allah”
    • Adi berkata mereka tidak menyembahnya
    • Tapi Rasulullah bersabda apabila orang alim dan rahib mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, maka itulah penyembahan mereka kepadanya.


  • Ikuti syariat dan hukum buatan manusia mengeluarkan pelakunya dari agama Allah
    • Islam datang untuk memerdekakan manusia dari penyembahan selain kepada Allah.
    • Islam bukan hanya memerintahkan manusia memeluk akidahnya, malah adalah penyataan umum untuk membebaskan manusia dari menyembah kepada sesame manusia.

  • Sasaran islam
    • Mula-mula hapuskan hukum atas dasar penyembahan kepada manusia
    • Selepas itu, masing-masing bebas memilih akidahnya
    • Iaitu setelah bebas dari tekanan politik dan telah diberi penerangan
  • “Din” adalah manhaj dan hukum yang mengatur kehidupan; dan lebih umum dari akidah
    • Dalam Islam, pelbagai kelompok masyarakat boleh tunduk kepada peraturan umum atas prinsip ubudiah kepada Allah sahaja, walaupun tidak memeluk akidah Islam.

  • Orang yang memahami tabiat agama Islam (untuk membebaskan manusia) akan faham keharusan gerakan Islam yang berjihad dengan senjata selain jihad dengan penerangan.
    • Jadi akan faham jihad bukan sekadar pertahankan diri (difai’yah)
    • Jihad dalam Islam adalah gerakan mempertahankan diri dan membebaskan manusia di muka bumi dengan menggunakan cara yang sesuai dengan realiti manusia.


  • Perlu ubah pengertian jihad “pembelaan atau pertahankan diri” (difai’yah)
    • Namakan “membela manusia” untuk melawan segala unsur yang mengikat kebebasannya
    • Seperti tekanan politik, sekatan ekonomi, kelas dan etnik yang dominan

  • Orang yang memberikan makna jihad (pertahankan diri sahaja) adalah pengertian yang sempit
    •  Adalah orang yang kalah di bawah tekanan realiti hari ini
    • Pengetahuan yang minima mengenai tabiat agama Islam
    • Terpengaruh dengan orientalis yang gambarkan jihad sebagai beladiri sahaja

  • Jika tiada yang menghalang, boleh hadapi halangan dakwah dengan lisan dan penerangan saja
    • Cukup dengan lisan jika semua manusia bebas dari segala pengaruh
      •  ‘la ikhraha fid-din (tiada paksaan dalam agama)
    • Tetapi jika ada halangan dan kekuatan yang menghalang
    • Semuanya harus dimusnahkan

No comments:

Post a Comment