Tuesday 6 November 2012

Perang Salib Kedua Dan Pembebasan Baitul-Maqdis



Mohd Roslan Mohd Nor, Nor Shakila Mohd Noor
(Jurnal Al-Tamaddun Bil. 7(1) 2012, 61-74)





Kemunculan Perang Salib Kedua (1145-1149) adalah merupakan rentetan daripada Perang Salib Pertama di mana kejatuhan Edessa atau al-Ruha kepada kaum Muslim cukup memberikan suatu impak yang sangat besar terhadap pasukan Salib. Hal tersebut kerana Edessa merupakan negeri Salib yang pernah dibina pasukan Salib dalam siri Perang Salib Pertama, namun bertindak sebagai negeri Salib pertama yang jatuh ke tangan umat Islam.

Maudud bin Tuntakin (Syarafuddaulah Maudud)
Maudud bin Tuntakin, seorang penguasa Mosul (1109-1113) bertindak sebagai tokoh pertama di seluruh dunia Islam yang menyahut seruan jihad. Beliau memimpin pasukannya menuju ke al-Ruha lalu menangkap tawanan Armenia, selaku para pembantu kepada pasukan musuh. Kemenangan yang digapainya dalam misi tersebut telah memberikan umat Islam suatu harapan baru bagi meneruskan misi menawan kembali negara-negara Islam yang telah tergadai sebelum daripada itu di tangan pasukan Salib.

Kesinambungan daripada misi menawan kembali al-Ruha, beberapa kelompok umat Islam telah menghadap Maudud pada tahun 507 H/ 1113M dengan tujuan berjihad fi sabilillah. Keinginan mereka direalisasikan Maudud dengan terbentuknya satu pasukan militer lalu dikerahkan menuju ke al-Quds.

Pihak Kristian yang menyedari kondisi mereka berada dalam keadaan bahaya telah bertindak pantas dengan mengupah seorang anggota Hasyasyiyun (aliran batiniyah) supaya membunuh Maudud sekembalinya ke Damaskus dalam usaha memperkemaskan angkatan tenteranya.

Secara analisisnya, perbuatan membunuh Maudud oleh Hasyasyiyun jelas menggambarkan suatu pengkhianatan yang nyata kerana seorang yang mengaku Muslim begitu sanggup membunuh seorang Mujahid Muslim sendiri demi kepentingan diri semata-mata.

Imaduddin Zanki (al-Zinki)
Perjuangan Maudud membebaskan al-Ruha daripada naungan Salib telah diteruskan oleh Imaduddin Zanki pada tahun 539 H. Berbekalkan semangat jihad yang tinggi, misinya menemui kejayaan. Bahkan, penguasaan ke atas kota ini menjadi titik tolak kepada perebutan kota-kota yang lain. Imaduddin Zanki menanam semangat jihad yang begitu utuh dalam usahanya membebaskan Syam dari cengkaman penjajah Salib di tengah kealpaan pemerintah Islam yang lain.

Justeru, sebagai langkah awal, beliau bertindak menakluki Kota Aleppo (Halab) yang merupakan kota terpenting di utara Syam. Beliau memulakan gerakan penaklukannya pada 1 Muharam 522 H setelah beberapa bulan beliau dilantik menjadi penguasa Mosul. Fenomena ini jelas menunjukkan beliau memiliki langkah yang utuh serta memiliki pandangan yang tajam sebelum melakukan serangan ke atas Syam walaupun beliau sedar bahawa ia bukan suatu perkara yag mudah untuk dilakukan kerana terpaksa melakukan pengepungan selama berbulan-bulan sebelum menguasai kota tersebut.

Tidak terhenti sekadar Aleppo sahaja, Imaduddin terus mengorak langkahnya menuju ke Kota Hamah pada tahun berikutnya (523 H). Kemudian, beliau juga turut membebaskan Kota Sarja, Dara dan Benteng al-Atsarib daripada kekuasaan Salib. Lebih membanggakan, setelah berjuang sekian lama, beliau akhirnya berhasil menakluk sebahagian besar kawasan Syam.

Nuruddin Zanki (al-Zinki)
Nuruddin Zanki,  selaku pemerintah Aleppo yang dilantik menggantikan bapanya telah meneruskan misi bapanya terdahulu iaitu memerangi kaum Salib. Justeru sesuai dengan tugasnya, beliau telah menyerang Antakya yang masih berada di bawah kuasa pasukan Salib. Tindak balasnya itu adalah untuk menggagalkan usaha Juslin II yang cuba menduduki al-Ruha kembali, lantaran kekalahan yang dideritai pasukan Salib di al-Ruha lebih hebat daripada kekalahan yang mereka terima sewaktu cuba menakluki al-Ruha buat pertama kalinya dahulu.

Kematian Imaduddin disangkakan dapat meringankan beban pasukan Salib, malangnya sangkaan mereka meleset sama sekali. Ternyata, semangat dan keberanian Nuruddin menyamai bapanya, sekalipun baru menginjak usia 29 tahun.

Ketabahan mujahidin serta kesatuan barisan pasukan Islam itu sendiri Berjaya mematahkan usaha penaklukan Syam serta pendudukan ke atas Damaskus oleh pasukan Salib pada tahun 542 H/ 1147 M di bawah pimpinan Louis VII dan Conrad III.Sebagai seorang politikus yang handal, Nuruddin begitu bijak mengatur strategi dalam usaha membebaskan Mesir daripada pengaruh dan kekuasaan Ubaidiyyah yang selama ini telah dikuasai mereka hampir 2 abad lamanya. Sebagai seorang yang berpandangan jauh, beliau bertindak menghapuskan Daulah Ubaidiyyah dengan bantuan dua parajurit yang handal iaitu Asaduddin Syirkukh serta anak saudaranya iaitu Salahuddin al-Ayubi.

Secara analisisnya, penghapusan Daulah Ubaidiyyah tersebut bermaksud secara tidak langsungnya akan membawa kepada kelemahan kekuatan pasukan Salib serta kaum Hasyasyiyun di Syam, selain mengembalikan bumi Mesir ke pangkuan akidah Ahl Sunnah wal Jama’ah.

Salahuddin al-Ayubi
Salahuddin al-Ayubi adalah merupakan seorang tokoh yang terus lestari dalam Daulah Ayubiyah di Mesir sehingga 80 tahun kemudiannya. Para sejarawan sepakat mengatakan bahawa setelah Asaduddin Syirkukh meninggal dunia, semua urusan kenegaraan diserahkan kepada beliau. Kewafatan Nuruddin telah memberikan kesempatan kepada Salahuddin bagi meluaskan daerah kekuasaannya sehingga ke Mesir, sebahagian daripada Syam, al-Jazirah, Yaman serta Mosul.

Dengan kata lain, Daulah Ayubiyah telah mencakupi sebuah kawasan yang amat luas di dunia Arab. Jelasnya, Salahuddin telah mewarisi panji-panji jihad sebelum eranya yang telah dikibarkan oleh Syarafuddaulah Maudud dan Imaduddin Zanki dengan menyatukan perjuangan umat Islam di Mesir, Syam, al-Jazirah, Hijjaz serta Yaman. Apa yang lebih membanggakan umat Islam ialah beliau seorang yang mendukung perjuangan fi sabilillah untuk membebaskan Tanah Suci Baitul Maqdis.

Sebagai langkah membebaskan Islamicjerusalem daripada tangan pihak Salib, Salahuddin telah mewarisi sejumlah besar angkatan perang, selain memiliki angkatan perang Mesir sendiri serta angkatan perang oleh Sultan Morocco. Beliau bersama gabungan militernya telah menakluk Benteng Karak terlebih dahulu pada tahun 578 H/ 1182 M. Baginya sejak mendirikan Daulah Ayubiyah, Salahuddin telah bertekad menjamin keamanan laluan perdagangan serta keselamatan kapal-kapal milik nelayan Muslim di kawasan Laut Merah. Lebih lebih lagi ia berkait rapat dengan keselamatan perjalanan para jemaah haji.

Justeru, secara analisisnya dapatlah dikatakan bahawa berdirinya daerah penaklukan Salib di Karak bererti memerlukan usaha yang lebih keras, di samping lebih bijak dalam menjalankan rentak politiknya. Apa yang dapat difahami, ternyata Salahuddin begitu menitikberatkan kemaslahatan umat Islam di mana beliau tidak pernah ragu untuk berkonfrontrasi dengan semua pihak yang cuba mengganggu keamanan di laut tersebut. Bahkan tidak sesekali gentar menghancurkan armada Salib yang melakukan pencerobohan.



Perang Hittin
Ketokohan Salahuddin al-Ayubi dalam memerangi Perang Salib begitu terserlah ketika berlakunya Perang Hittin (583 H/ 1187 M). Pertempuran ini berlangsung pada hari Sabtu, 14 Rabiulakhir 583H. Namun, realitinya pertempuran ini telah dimulai pada hari Jumaat sebelumnya, lantaran kebiasaan Salahuddin memulakan peperangan itu pada hari Jumaat sempena mengambil berkah doa dari orang-orang Muslim dan juga para khatib solat Jumaat.

Salahuddin mengambil kesempatan menyerang Tiberias kemudiannya di saat pasukan Salib menyangkakan bahawa beliau serta pasukannya masih lagi berada di daerah Shafuriya iaitu di Akko. Kondisi tersebut menyebabkan Salahuddin berhasil mengambil kembali Tiberias daripada terus menjadi milik pasukan Salib.

Kesannya, pasukan Salib berasa cemas lalu mengerahkan pasukan tentera ke kawasan tersebut. Pada hari Khamis 22 Rabiulakhir, mereka tidak bertempur. Berkemungkinan besar, tujuannya adalah untuk menyimpan tenaga, selain memperkemaskan angkatan tentera masing-masing bagi pertempuran yang sengit pada keesokan harinya.

Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan umat Islam hampir meletakkan pasukan Salib dalam kondisi kekalahan. Ramai dalam kalangan mereka yang melarikan diri ke Tyre (Shour). Menyedari tindakan pasukan Salib tersebut, pasukan Muslim mengejari mereka dan terus menggempurnya sehingga pasukan Salib nyaris tidak tersisa. Hanya sedikit sahaja daripada parajurit yang berlindung di Hittin. Namun begitu, pasukan Salib pada akhirnya terpaksa menyerah diri dan mengaku kalah kepada pasukan Muslim setelah barisan pertahan mereka hancur. Bahkan Raja Guy de Lusignan sendiri berjaya ditawan Salahuddin, selain daripada panglima Baron.

Misi Salahuddin seterusnya sebelum menuju ke Baitul-Maqdis ialah membebaskan daerah Tebnine di mana beliau berhasil merampasnya kembali daripada pasukan Salib pada 18 Jamadilawal, pada hari Ahad, merujuk kepada tahun yang sama. Kemudian, daerah Shaida pula yang jatuh ke tangan Muslim pada hari Selasa, 20 Jamadilawal manakala Kota Beirut pula pada hari Khamis, 29 Jamadilawal.

Asqelon pula turut jatuh pada tahun yang sama iaitu 583 H setelah hampir 35 tahun kota ini dikuasai oleh pasukan Salib. Salahuddin bersama pasukannya mengambil keputusan menetap di Asqelon di mana di Asqelon inilah beliau menerima penyerahan Kota Gaza, Bait Jibril serta Nazhrun tanpa berlaku sebarang pertempuran.

Sami bin Abdullah al-Maghluts di dalam bukunya “Atlas Perang Salib” turut mengemukakan pendapat daripada al-Maqrizi di mana Salahuddin telah bergerak bersama pasukannya untuk membebaskan Baitul-Maqdis dan tiba di lokasi tersebut pada hari Ahad, 15 Rejab 583 H.

Menerusi misi pembebasan Baitul-Maqdis daripada penjajahan Salib, ramai daripada tentera Muslim yang gugur syahid. Namun, sudah ditakdirkan Allah s.w.t bahawa kemenangan itu akhirnya akan menjadi milik pihak Muslim setelah pihak Muslim berhasil meruntuhkan salah sebuah dinding pertahanan  Baitul-Maqdis. Melihat kepada kondisi tesebut, pemimpin Salib cuba berkompromi dengan meminta jaminan keamanan dari pihak Islam.

Justeru, Salahuddin telah menetapkan syarat di mana setiap daripada kaum lelaki dikehendaki menebus diri mereka dengan 10 dinar Mesir, kaum perempuan pula terdiri daripada 5 dinar Mesir, manakala kanakkanak lelaki dan perempuan pula ialah 2 dinar Mesir dan keseluruhan fakir miskin pula berjumlah 30,000 dinar Mesir. Sejarah merekodkan bahawa sebanyak 300,000 dinar Mesir diperolehi pihak Islam hasil daripada wang tebusan tersebut.

Menjadi suatu perkara yang menggembirakan pasukan Muslim serta umat Islam seluruhnya apabila pasukan Muslim menerima penyerahan al-Quds atau Islamicjerusalem pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Seramai 60,000 orang Frank telah diusir dari kota ini, manakala 16,000 lagi masih tertawan kerana ada di antara mereka yang tidak mampu membayar wang tebusan diri.

Justifikasinya, berita kemenangan ini telah mengundang ramai daripada umat Islam dari seluruh pelusuk negeri ke Islamicjerusalem untuk menziarahi tanah suci ini. Masjid al-Aqsa yang dahulunya pernah dijadikan kandang babi oleh pihak Salib telah dibersihkan di mana Shakhrah dicuci dengan air mawar manakala lantainya pula dilengkapi permaidani yang indah. Salahuddin bertindak membersihkan seluruh Masjid al-Aqsa daripada sebarang unsur Kristian dan pada 4 Syaaban 583H, tercacat dalam lembaran sejarah di mana solat Jumaat yang pertama telah dilakukan umat Islam di tempat tersebut setelah sekian lama berada di tangan pasukan Salib.

Syeikh Ali Bin Tahir Al-Sulami Pencetus Semangat Jihad Pembebasan al-Quds

Menurut ahli geografi Arab terkenal Ibn Hawqal, menjelang kejatuan al-Quds pada tahun 1099M, semangat jihad di kalangan umat Islam telah luntur. Kata-kata beliau disokong oleh al-Muqaddasi yang menyatakan bahawa penduduk Syam (Historical Syria) telah kurang bersemangat untuk berjihad mempertahankan kesucian bumi al-Quds daripada serangan musuh. Menurut beliau, semangat itu telah dikuburkan sepenuhnya pada tahun 1099M ketika al-Quds jatuh ke tangan tentera Salib. Moral tentera Salib ketika itu adalah lebih tinggi berbanding tentera Islam.

Sudah menjadi sunnatullah, akan sentiasa ada di kalangan umat Islam itu kumpulan yang membuat reformasi kebaikan di kalangan masyarakat. Kelemahan utama umat Islam ketika itu, iaitu culas berjihad, telah dilihat oleh Syeikh Ali bin Tahir al-Sulami sebagai faktor utama kejatuhan empayar Islam di sekitar Sham. Lantas, pada tahun 1105M, Syeikh al-Sulami telah mengarang Kitab al-Jihad.

Kitab itu dilihat oleh ramai pengkaji sebagai stimulus terhadap gerakan jihad membebaskan al-Aqsa daripada cengkaman kezaliman tentera Salibiyyah. Di dlam kitab tersebut, Syeikh al-Sulami telah memberikan teguran keras kepada pemimpin umat Islam (khalifah) supaya bersegera melancarkan jihad. Beliau telah meramalkan bahaya ancaman tentera Salibiyyah sekiranya kemaraan mereka ke tanah umat Islam yang lain tidak disekat. Apatah lagi sejurus selepas mereka memerintah al-Quds, keadilan yang sebelum itu dinikmati semasa pemerintahan empayar Islam (kecuali di penghujung kejatuhannya) telah semakin hilang.

Syeikh al-Sulami yang berpusat di Damascus, telah mendatangkan beberapa pendapat daripada mujtahid muktabar, seperti Imam al-Shafi’e dan imam al-Ghazali. Beliau percaya musibah yang menimpa empayar Islam ketika itu adalah akibat dosa berlarutan yang merela lakukan, lantas menyeru supaya jihad ke atas tentera Salibiyyah dimulakan dengan mujahadatunnafsi.

Alhamdulillah, hasil semaian Syeikh Ali bin Tahir al-Sulami itu, lahirnya pemimpin-pemimpin Islam terkemudian yang memimpin bahtera perjuangan jihad. Sebagai ulamak, seruan beliau telah didengar oleh golongan umara’ yang soleh. Hasil semaian beliau, berputiklah insan-insan seperti Imaduddin Zinki dan Nuruddin Zinki. Dan buah hasil semaian itu akhirnya telah diperolehi di zaman Salahuddin al-Ayyubi, ketika beliau berjaya membebaskan al-Aqsa pada tahun 1187M.

Moga akan lahir lebih ramai pejuang-pejuang pembebasan al-Aqsa pada zaman sekarang ini yang mempunyai biasan peribadi unggul Syeikh Ali bin Tahir al-Sulami.

Sunday 4 November 2012

Dinasti Saljuk Dan Kesultanan Saljuk Rum


Latar belakang
Dinasti Saljuk berasal dari beberapa kabilah kecil rumpun suku Ghuzz di wilayah Turkistan di Asia Tengah atau dengan tepatnya  Transoxania atau Ma Wara’ al-Nahar atau Mavarranah. Dinasti Saljuk dinisbahkan kepada Saljuk Ibn Tuqaq. Tuqaq (ayah Saljuk) adalah pemimpin suku Oghus (Ghuzz atau Oxus) yang menguasai wilayah Turkistan, tempat mereka tinggal.
Transoxania

Saljuk Ibn Tuqaq
Saljuk Ibn Tuqaq pernah menjadi panglima imperium Ulghur yang ditempatkan di selatan lembah Tahrim dengan Kashgar sebagai ibukotanya.  Karena merasa tersaingi kewibawaan, permaisuri raja Ulghue merencanakan pembunuhan terhadap Saljuk.  Akan tetapi, sebelum dapat direalisasikan, rencana itu sudah diketahui oleh Saljuk.  Dalam rangka menghindari pembunuhan, Saljuk dan orang-orang yang setia kepadanya menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke arah Barat, yaitu daerah Jundi (jand), suatu daerah yang merupakan bagian dari Asia Kecil yang dikuasai oleh dinasti Samaniyah yang dipimpin oleh Amir Abd al-Malik Ibn Nuh (954-961 M).
Kashgar, Uighur



Amir Abd al-Malik Ibn Nuh mengizinkan Saljuk tinggal di Jundi, dekat Bukhara. Terkesan oleh kebaikan Amir Abd al-Malik Ibn Nuh, Saljuk dan pengikutnya memeluk Islam aliran Sunni sesuai dengan aliran yang dianut oleh masyarakat setempat. Saljuk Ibn Tuqaq membalas jasa kebaikan Amir Abd al-Malik Ibn Nuh dengan membantunya mempertahankan dinasti Samani dari serangan musuh. Saljuk membantu dinasti Samani dalam menghadapi serangan-serangan dinasti Ulghur. Dalam satu perang tersebut, Saljuk mati terbunuh dan ia meninggalkan tiga orang anak yaitu: Arselan, Mikail, dan Musa.

 File:Samanid dynasty (819–999).GIF

Sepeninggalan Saljuk, pimpinan suku dipegang oleh Mikail. Akan tetapi, ia pun gugur ketika perang melawan dinasti Ghaznawi yang hendak merebut Khurasan dari Samaniyah. Di bawah pimpinan anak Mikail, Tughrul dan Chagri, dinasti Seljuq berhasil merebut Naisapur (1037), Balkh, Jurjan, Tabaristan, Ray, Isfahan, serta mengalahkan Mahmud Ghazna pada pertempuran Dandanagan, 23 Mei 1040. 

Dengan kemenangan ini, Bani Seljuq resmi menjadi penguasa wilayah Khurasan menggantikan Dinasti Ghaznawiyah. Setelah kemenangan di Khurasan, penguasa Seljuq meluaskan pengaruhnya ke Transoxiana dan Iran.


Tughrul Bek
Setelah wafat, Mikail digantikan oleh anaknya, Tughrul Bek. Tughrul Bek, karena dinasti Samani sudah mulai melemah, berhasil menguasai Merv (ibukota Khurasan), Jurzan, Tibristan, Dailam dan Karman (1037 M). Sejak itu, Tughrul Bek mengisytiharkan berdirinya dinasti Saljuk dan diakui oleh dinasti Bani Abbas sekitar tiga tahun kemudian (1040 M) . Setelah itu, Tughrul Bek menguasai Iran atau Persia, Anatolia, dan Armenia. 

Tughrul Bek (Bey Togrul) adalah cucu Seljuk dan Chaghri Beg (Bey Chagri) adalah saudaranya dan dibawah pemerintahan dua beradik ini, Seljuk berjaya menguasai Empayar Ghaznawiyah. Pada mulanya, tentera Seljuk berjaya dikalahkan oleh Raja Mahmud Ghazni. Raja Mahmud kemudiannya bersara dan menetap di Khorezmi. Togrul dan Cagri pula membiarkan tentera Ghaznawi menguasai Merv dan Balkh (1028-1029).

Kemudiannya mereka mula menyerang wilayah Ghaznawiyah di Khorasan dan Balkh dan mendagangkan wilayah ini dengan pengganti Shah Mahmud. Tentera Seljuk juga berjaya menawan Ghazni, ibu kota Ghaznawiyah pada tahun 1037.

Pada tahun 1039, dalam Perang Dandanagan, tentera Seljuk berjaya mengalahkan angkatan Ghaznawiyah yang di bawah pimpinan Masud Ghazni. Ini menyebabkan Raja Masud meninggalkan wilayah barat empayar Ghaznawiyah dan membolehkan tentera Seljuk menguasai rantau ini. Pada tahun 1055, Togrul berjaya menawan Baghdad daripada kerajaan Buwaihiyah.



Kemunculan Bani Seljuk di Baghdad
Khalifah Al Qaim meminta pertolongan kaum Turki bani Seljuk yang berasal dari padang nomad Monggolia untuk menghalau puak Syiah Bani Buwaih daripada mempengaruhi Istana Baghdad.

Di Baghdad terjadi penindasan yang dilakukan oleh dinasti Buwaihi terhadap khalifah Bani Abbas. Ketika al-Malik al- Rahim memegang jabatan Amir al-Umara, kekuasaan itu dirampas oleh panglimanya sendiri, Arselan al-Basasiri. Dengan kekuasaan yang ada di tangannya, al-Basasiri berbuat sewenang-wenang terhadapal Al-Malikal-Rahim dan Khalifah al-Qaim dari Bani Abbasiah; bahkan dia mengundang khalifah Fathimiyah (al-Mustanshir) untuk menguasai Baghdad.

Hal ini membuat khalifah khawatir dan akhirnya meminta bantuan Tughrul Bek yang berkuasa di Jibal. Pada tanggal 18 Desember 1055 (447 H), Tughrul Bek memasuki Baghdad. Pertempuran terjadi antara pasukan Tughrul Bek dengan pasukan Arselan al-Basasiri.

Dalam pertempuran itu, al-Basasiri mati terbunuh, khalifah al-Qa‟im dibebaskan dari penjara. Sedangkan Malik Abd al-Rahim dipenjara. Kekuasaan dinasti Buwaihi berakhir dan selanjutnya khalifah dinasti Bani Abbas bekerjasama dengan Saljuk mulai tahun 1055 M.

Khalifah Al Qaim memberi  gelaran Al Muluk atau Sultan kepada Tughrul Bek. Sebagai kehormatan, khalifah al-Qa‟im memberikan gelar “Raja Timur dan Barat” kepadanya dan ia menikah dengan puteri al-Qa‟im. Pada tahun 455H/1063 M, Tughrul Bek wafat dan digantikan oleh anak saudaranya, Alp Arselan karena Tughrul Bek tidak mempunyai seorang anak.

Alp Arselan
Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Da'ud Chaghri, dan kerana keberanian semasa berperang dan dalam dirinya serta kemahiran bertempurnya beliau mendapat nama gelaran Alp Arslan, yang bermaksud "seekor singa berani" di dalam bahasa Turki.

Alp Arslan adalah putera Bey Cagri dan beliau memperluaskan empayar Seljuk hingga ke Armenia dan Georgia pada tahun 1064. Beliau juga menyerang Empayar Bizantin pada tahun 1068, di mana Alp Arslan berjaya menawan Anatolia.

Dalam menjalankan pemerintahannya ia dibantu oleh Nizam al-Mulk, seorang negarawan yang paling cakap pada masa awal pemerintahan Alp Arslan.

Pertempuran Manzikert, atau Malazgirt, terjadi di antara Empayar Byzantine dan tentera Seljuq pimpinan Alp Arslan pada 26 Ogos 1071 berhampiran Manzikert (kini Malazgirt, Turki, di wilayah Mus). Ia berakhir dengan salah satu kekalahan paling teruk Empayar Byzantine dan penawanan Maharaja Byzantine Romanos IV Diogenes.

Romanos sampai ke Manzikert dan mudah menawannya pada 23 Ogos, 1071. Dia bagaimanapun tidak sedar bahawa Alp Arslan dan tenteranya berada tidak jauh dari situ.

Pada 26 Ogos, 1071 kedua-dua pasukan ini bertemu. Beberapa saat setelah pertempuran bermula, banyak kepala yang mulai berterbangan dan banyak potongan badan yang mulai berhamburan, darah pun membanjiri medan pertempuran, ternyata pertempuran berpihak kepada pasukan Mujahidin serta memberi kemudahan kepada mereka untuk menghabisi pasukan musuh, hingga banyak sekali pasukan kafir yang terbunuh, bahkan jumlahnya tidak dapat dihitung. Sementara itu Romanus, maharaja Rom Barat turut ditawan.



Maliksyah
Dibawah pemerintahan Malikshah, pewaris Alp Arslan, bersama-sama dengan dua wazir Parsi iaitu Nizam al-Mulk dan Taj al-Mulk, negeri Seljuk ini berkembang dari Iran di timur hingga ke sempadan Empayar Bizantin di barat. Beliau memindah ibu kota Seljuk dari Ray ke Isfahan. Beliau telah memegang tampuk pemerintahan Seljuk  selama dua puluh tahun.

Pembebasan Syam terjadi pada tahun 1075. Dengan pembebasan itu mazhab Sunni dipulihkan lagi di wilayah Syam. Setelah itu Syam dijadikan wilayah taklukan Empayar Seljuk dengan status otonomi luas. Namanya diganti menjadi amirat al-Buriyat. Sultan Malik Syah melantik amir (ketua) di Syiria iaitu anak  Alp Arselan bernama Tutush yang juga merupakan saudaranya.

Sistem ketenteraan Iqta dan juga Universiti Nizamiyyah di Baghdad ditubuhkan oleh Nizam al-Mulk dan tempoh pemerintahan Malikshah dikenali sebagai Zaman Kegemilangan "Seljuk Agung". Khalifah Abasiyah memberi gelaran kepada beliau sebagai "Sultan di Timur dan Barat" pada tahun 1087. Namun begitu terdapat kumpulan Hassan Sabah, sebuah angkatan senjata Syiah aliran Ismaili mula bertukar menjadi sebuah ketenteraan dan membunuh banyak tokoh-tokoh penting dalam pemerintahan Seljuk.

Pada tahun 1090 M, Sultan Malik Syah merebut wilayah Transoksiana dari cengkaman Bani Illikhiyah yang bersifat keras terhadap khalifah Baghdad.

Selanjutnya pada tahun 1092 M, baginda merebut kembali Hijaz (Tanah Saudi) dan Yaman, yang sejak tahun 899 M dikuasai oleh kelompok Qaramithah, salah satu cabang penting dari Syiah yang sangat ganas dalam peperangan. Inilah jasa besar Seljuk membebaskan bumi Mekah daripada kuasa Syiah.

Perang Salib bermula pada tahun 1096, setahun setelah Sultan Malik Syah wafat.

Pada masa Maliksyah wilayah kekuasaan Dinasti Seljuk ini sangat luas, membentang dari Kashgor, sebuah daerah di ujung daerah Turki, sampai ke Yerussalem. Wilayah yang luas itu di bagi menjadi lima bagian:

  • Seljuk Besar (Seljuk Raya) yang menguasai Khurasan, Ray, Jabal, Irak, Persia, dan Ahwaz. Ia merupakan induk dari yang lain.
  •  Seljuk Kirman berada di bawah kekuasaan keluarga Qawurt Bek ibn Dawud ibn Mikail ibn Seljuk.
  • Seljuk Iran dan Kurdistan, pemimpin pertamanya adalah mighirs Al-Din Mahmud.
  • Seljuk Syria, diperintah oleh keluarga Tutush ibn Alp Arselan ibn Daud ibn Mikail ibn Seljuk.
  •   Seljuk Rum, diperintah oleh keluarga Qutlumish ibn Israil ibn Seljuk 
  
Senarai Sultan Seljuk Besar
  1. Tughrul (1038/40 - 1063) 
  1. Alp Arslan (1064 - 1072) 
  1.  Maliq Shah (1072 - 1092)   
  1.  Mahmud I (1092 - 1093)    
  1. Berqyaruq (1093 - 1104)
  1.  Mohammed Tapar (1105 - 1118) Zaman maudud (penguasa mosul) perang salib 2
  1. Mahmud II (1118 - 1131)  
  1.  Sanjar (1131 - 1157)



Kesultanan Seljuk Rum
Perkataan Rum datang dari perkataan Arab yang bermaksud Empayar Rum. Seljuk menggelarkan mereka Kesultanan Rum kerana ia didirikan di wilayah Rum atau Byzantine, iaitu nama panggilan oleh orang Islam. Sumber barat kadang-kadang menggunakan Kesultanan Konya atau Kesultanan Iconim dan sekarang dikenali sebagai Turki.

Pada 1071 Alp Arselan berjaya mengalahkan Kaisar Bizantium, Romanus IV Diogenes. Kemenangan ini sekaligus membuka peluang bagi gerakan penturkian (Turkification) di Asia Minor. Gerakan ini dimulai dengan pengangkatan Sulaiman bin Qutlumish sebagai gabenor.


Pada 1077 Malik Shah memberikan otonomi khusus kepada kesultanan Seljuq Rum yang beribukota Iconim (Konya). Ia sendiri tidak ingin terlibat langsung dengan urusan  pemerintahan dan hanya menuntut untuk loyal kepada pemerintah pusat Seljuq di Iraq. Dengan ini kesultanan Seljuq Rum resmi menjadi negara semi-independen.

Suleiman ibn Qutulmish
Sulaiman adalah anak kepada Qutulmish yang tidak berjaya menentang sepupunya Alp Arselan merebut  kekuasaan Disnasti Sejuk Raya. Apabila Qutulmish meninggal, Suleyman melarikan diri bersama tiga saudaranya ke pergunungan Taurus dan meminta perlindungan dari suku Turki.

Beliau mengasaskan Seljuk Turki yang merdeka di Anatolia dan memerintah sebagai Sultan Seljuk Rum dari 1077 hingga 1086. 

Selepas pertempuran Manzikert (1071), Sulaiman sebagai komander Seljuk berjaya menguasai barat Anatolia. Pada 1975, beliau menguasai bandar Byzantin iaitu Nicaea (Iznik) dan Nicomedia (Izmit). Pada 1977,  beliau mengisyhtiharkan dirinya sebagai Sultan Seljuk Rum (Turki) yang berpusat di Nicaea (Iznik).

Sulaiman meluaskan lagi kerajaannya namun telah terbunuh berdekatan Antioch oleh Tutush1, pemerintah Seljuk Syria. Anak Sulaiman Kilik Arslan 1 telah ditangkap dan dipindahkan ke khurasan dan dijadikan tebusan. Selepas kematian Malik Shah 1, Kilij Arslan menubuhkan semula Kesultanan Seljuk Rum.

Senarai Sultan Seljuk Rum
  1. Kutalmish 1060–1077
  1. Suleyman I (Suleiman) 1077–1086
  1. Abu'l Qasim  1086–1092
  1. Dawud Kilij Arslan I 1092–1107
  1. Malik Shah 1107–1116
  1. Rukn ad-Din Mesud I 1116–1156
  1. Izz ad-Din Kilij Arslan II 1156–1192
  1. Ghiyath ad-Din Kaykhusraw I 1192–1196
  1. Suleyman II (Suleiman) 1196–1204
  1. Kilij Arslan III 1204–1205
  1. Ghiyath ad-Din Kaykhusraw I 1205–1211
  1. Izz ad-Din Kaykaus I 1211–1220
  1. Ala ad-Din Kayqubad I 1220–1237
  1. Ghiyath ad-Din Kaykhusraw II 1237–1246
  1. Izz ad-Din Kaykaus II 1246–1260
  1. Rukn ad-Din Kilij Arslan IV 1248–1265
  1. Ala ad-Din Kayqubad II 1249–1257
  1. Ghiyath ad-Din Kaykhusraw III 1265–1282
  1. Ghiyath ad-Din Mesud II 1282–1284
  1. Ala ad-Din Kayqubad III 1284
  1. Ghiyath ad-Din Mesud II  1284–1293
  1. Ala ad-Din Kayqubad III  1293–1294
  1. Ghiyath ad-Din Mesud II 1294–1301
  1. Ala ad-Din Kayqubad III  1301–1303
  1. Ghiyath ad-Din Mesud II  1303–1307

Garis masa
*1059: Tuğrul Bey menguasai Baghdad, Al-Qa\'im dipulihkan sebagai khalifah.
* 1060: Ibrahim dari Ghaznavid menjadi Sultan.
* 1063: Kematian  Tuğrul Bey  digantikan oleh Alp Arslan.
*1068 Ketibaan pertama Seljuk di Anatolia semasa Perang antara Islam dan Byzantin
* 1071: Pertempuran Manzikert,  maharaja Byzantine ditawan oleh Seljuk Turki.
* 1073: Kematian  Alp Arslan, digantikan oleh Malik Shah.
* 1077: Kematian dari Khalifah Abbasiyah Al-Qa\'im, digantikan oleh Al-Muqtadi.
* 1077:  Seljuk menguasai Nicaea .Kesultanan Rum ditubuhkan di Turki oleh Suleyman I Rum
* 1082: The Al-Murabitun menakluk Algeria.
* 1086: Pertempuran Zallakha. The Al-Murabitun mengalahkan orang-orang Kristian di Sepanyol.
* 1086: Kematian  Suleyman I Rum, digantikan oleh Kilij Arslan.