Monday 3 December 2012

RINGKASAN TALBIS IBLIS BAB 1-3






Pembahagian Bab
1.       Perintah Menetapkan Diri Pada Sunnah
·   Hendaklah melazimi jamaah (dari umar)
- Syaitan selalu bersama dengan orang bersendirian
·   Hendaklah berjamaah, berkumpul dan mendampingi masjid (dari muaz)=
-Awas dari berpecah-belah
·   1 daripada 73 cabang menduduki syurga (dari muawiyah)
-Iaitu yang mengikuti jamaah
·   Kekalkan diri dalam sunnah (al-auzaie)
·   “matikanlah aku dalam Islam,… bahkan di atas sunnah”  (al-auzaie)
·   Tidak akan lurus ucapan, amal dan niat kecuali menetapi sunnah (sufyan)
·   Lihat ahli hadis, seoalah-olah sahabat nabi (syafie)
·   Jalan menuju Allah tertutup kecuali mengikut jejak langkah rasululllah (junaid)
-“sesungguhnya dalam diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik”
(al-ahzab:21)

2.       Kecelakaan Bid’ah Dan Ahli Bid’ah
  
-Mencela bid’ah dan kaum yang suka membuat bid’ah
- Sesiapa yang mengadakan dalam urusan yang tiada asalnya, maka ia tertolak (dari Aisyah)
-  Sesiapa yang tidak sukakan Sunnahku, maka bukanlah dia dari golonganku (dari ibnu umar)
-   tetaplah kamu pada sunnahku dan perjalanan para khalifah,  awaslah kamu dari perkara yang diadakan, kerana setiap yang diada-adakan adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat     (al-irbadh)


-Tutup telinga dari dengar bicara muktazilah (thawus)
-Halau orang yang bicara tentang perkara qadar (Ibnu sirin)

-Bid’ah lebih disukai iblis dari maksiat (sufyan ats-thauri)
·   Maksiat boleh ditinggalkan
·   Bid’ah akan terus dilakukan
-Tidak solat jenazah golongan murjiah (sufyan ats-thauri)
- Siapa yang duduk dengan orang yang membuat bid’ah, maka jagalah ia (Fudhail b iyadh)

 Mencela Bid’ah dan Ahli Bid’ah
-Jumhur salaf menjauhi bid’ah meskipun harus untuk menjaga keaslian syariat
·   Mengumpulkan al-quran (zaid)
-Zikir lepas solat maghrib berkumpulan
·   Ibnu Mas’ud tegur mereka buat bid’ah (sahabat tak buat pun)

-  Ada bid’ah yang tidak bertentangan syariat
·   Solat tarawih berjamaah (umar)
·   Bercerita (Hassan basri)
-Bid’ah kepada pokok agama – tidak dicela
-  Bid’ah sebagai pelengkap agama (akan anggap agama ada kekurangan)
-  Bid’ah bertentangan agama  --lebih teruk lagi
- “masih berterusan manusia dari umatku tetap terang atas kebenaran, tidak peduli siapa yang menghina mereka  sehingga datang perintah Allah, sedang mereka tetap begitu juga” (muslim)

-  Membuat pembahagian ahli bid’ah -72/73 puak
-  Enam puak utama (asy-syatibi) :
·   Haruriah, Qadariah, Jahmiyah, Murji’ah, Rafidhah dan Jabariyah.

3.       Ancaman Iblis Dan Fitnah Tipudayanya
·         Hurai masalah iblis yang sentiasa bersedia untuk memerangkap manusia
·         Penciptaan manusia beserta dengan hawa nafsu dan syahwat, sifat marah dan akal.
·         Syaitan selalu menghasut hawa nafsu dan membisikkan sesuatu
·         Akal perlu berfungsi untuk meneliti akibat dosanya semoga Allah memberikan taufiq
·         Cerita rahib dan perawan yang dihasut syaitan dan akhirnya kufur.
·         5 anak iblis (dari al-quraisyi)
a)  Tsabar -mengendalikan orang ditimpa musibah
b)   Al-A’war –menggoda untuk berzina
c)  Masuth – sebarkan berita palsu
d)   Dasim –membuat fitnah suami-isteri
e)  Zaknabur –menghasut orang yang berjual-beli di pasar
·         Setiap manusia ada syaitannya termasuk Rasulullah (riwayat muslim)
·         Syaitan boleh mengalir mengalir dalam tubuh manusia seperti darah mengalir
·         Syaitan tidak berpisah dengan orang yang banyak dosa
·         Berlindung diri dari syaitan dengan taa’wuz, ayat al-quran dan zikir