PENGENALAN
Sultan Muhammad II yang lebih dikenali
sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang
tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam
kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem)
dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat
Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran
“Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi
Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah
merupakan salah sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di
dunia. Ianya telah diasakan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine
pada tahun 330M.
Constantinople begitu strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabngsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya - “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.”
KELAHIRAN
Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H)
di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria). Nama sebenar
Baginda ialah Muhammad bin Murad Bin Muhammad Bin Bayazid. Baginda dikenali
dengan gelaran ‘Muhammad Al Fateh’ kerana kejayaannya membebaskan kota
Constantinople.
ZAMAN
KECIL
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan
pada 30 Mac 1432 di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II
(1401-1451) seorang yang soleh, handal dalam perang jihad dan mempunyai wawasan
yang hebat.
Muhammad belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu
seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf,
psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab,
Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia.
Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal
Jamaah aliran Asha’irah dan bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu
tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah
mempunyai bilik suluk khas mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan
Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu
Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar. Dia
bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.
ZAMAN
REMAJA
Muhammad al-Fateh mula memangku jawatan
sebagai pemerintah daulah Islam pada tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun.
Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad ada urusan di luar kerajaan. Tugas ini
dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika
usianya 19 tahun, barulah dia secara rasminya menjawat jawatan khalifah. Sultan
Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke7.
ZAMAN
DEWASA
Sultan Muhammad al-Fateh memimpin
sendiri 25 kali kempen ketenteraan sepanjang hidupnya. Walaupun dia ketua
seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang berjiwa rakyat.
Dikatakan ketika tentera Islam membina Benteng Rumeli Hisari, Sultan Muhammad
membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan.
MEMBUKA
KONSTANTINOPLE
Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke
atas Konstantinople, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Dia belajar
daripada sejarah yang menyaksikan sekian banyak kegagalan tentera Islam
terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis empat,
setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk
itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan.
Meriam
Paling Besar
Antara langkah awal yang diambil oleh
Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan
berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan
peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan
teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15
tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam
menguasai teknologi.
Tentera Islam tiba di Konstantinople
dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah
beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin,
harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi
psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh.
Selain tembok kebal, penghalang besar
antara tentera Islam dengan Kota Konstantinople ialah Selat Bosphorus.
Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera Kristian
sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini berjaya
menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.
Sultan Muhammad yang berusia 21 tahun
dan tenteranya tiba di Konstantinople pada 19 April 1453. Mereka menghujani
kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinople masih utuh
berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5
buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan
ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.
Menarik
Kapal
Satu keajaiban berlaku. Pada suatu
malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan
darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal
ini memang satu idea yang sungguh luar biasa.
Esoknya, tentera Kristian terkejut
besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam
selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai
perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh
melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.
Sudah berlalu 53 hari namun
Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini
berterusan. Dengan tekad muktamad dia memberikan ucapan : “Saya hendak mati!
Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”
Hasan
Ulubate
Ucapan ini benar-benar membakar
semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang
perajurit menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera
daulah Islam di dalam kubu. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan
izin Allah, akhirnya Konstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam.
Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya berjaya mendapatkan syahid.
Konstantinople ialah kubu utama
Kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine lemah lalu akhirnya hancur selepas kota
ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad menukar nama
Konstantinople kepada Islambol, yang membawa maksud “Islam Keseluruhannya. Gereja
St Sophies ditukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, iaitu Masjid Aya
Sophia.
Selepas itu Sultan Muhammad menyebarluaskan
lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia, Serbia, Albani dan sekitarnya.
JUMAAT
BERSEJARAH
Selepas berjaya menakluki
Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat
Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan
bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya:
“Siapakah antara kamu yang pernah
meninggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk.”
Tidak ada seorang pun dalam ribuan
perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan
solat fadhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.
“Siapakah antara kamu yang pernah
meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.”
Sebahagian daripada tenteranya duduk.
“Siapakah antara kamu yang pernah
meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.”
Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan
Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan pemerintah besar ini tidak pernah
meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak dia cukup
umur. Alangkah hebatnya peribadi seorang pemimpin sebegini! Ada lagikah
pemimpin umat Islam yang sebegini?