Sunday 6 January 2013

MUKADDIMAH SURAH AL-ANFAL : CIRI-CIRI GERAKAN ISLAM




1 ) Waqi'iyyah Jiddiyah [keseriusan yang realistik  dalam manhaj agama Islam]
  • Gerakan Islam merupakan gerakan untuk hadapi realiti manusia
  • hadapi dengan wasilah tertentu sesuai dengan keaadan rijalnya
  • Menghadapi Jahiliah (akidah dan pemikiran) dengan ideologi (dakwah)
    • dakwah dan penerangan untuk meluruskan akidah
  • hadapi  kekuasaan yang memiliki kekuatan material  dengan tanzim (harakah)
    • kekuatan dan jihad untuk hapus peraturan (yang menghalang masyarakat untuk diluruskan)
    • halang  mereka yang memaksa dan menyesatkan
  • Tidak cukup dengan usaha dakwah tapi perlu kekuatan organisasi dan sistem.
  • Ideologi diubah dengan kefahaman dan dakwah sedangkan sistem dan kekuatan diubah dengan sistem dan kekuatan.
  •  bermacam metod untuk membebaskan manusia kepada menyembah Allah sahaja
  •  mesti serius dan tidak berpada dengan penjelasan sahaja

2 ) Waqi'yyah Harakiyyah [ Gerakan yang real]
  • Gerakan yang mempunyai tahap-tahap (berperingkat)
  •  Setiap tahap ada wasilah yang sesuai dengan tuntutan dan kemampuan
  •  Tidak menghadapi realiti dengan wasilah yang beku
  •  Mereka yang tidak faham hakikat : beri tafsiran salah terhadap konsep Jihad.
    •    tidak memperhatikan ciri ini bila mencari dalil dalam jihad
    •    tidak memerhatikan hubungan nas yang berbeza mengikut tahap
    •    akan anggap setiap nas sebagai nas yang final
    •    akan berkata “ Islam tidak berjihad kecuali membela diri”
  •  Jihad dalam Islam untuk hapus Thaghut dan mengembalikan Ubudiyah Lillahi wahdah.

3 ) Harakah Daiibah [ gerakan yang survive dan berlanjutan ]
  •  Gerakan yang hidup dan berterusan  dengan wasilah yang terus berkembang
  •  tetapi tidak keluar dari batas-batas  kaedah Islam dan tujuan yang ditetapkan
  •  menuntut mereka untuk sampai ke tujuan yang sama
    •  untuk memurnikan ibadah kepada Allah
    •  bebas dari penyembahan sesama makhluk
  • Tidak ada tolak-ansur dalam kaedah ini

4 ) Memiliki Dhawabit Syarak dalam Siasah Khariji
     (Pedoman syarie dalam hubungan antara masyarakat muslim dan masyarakat lain)
  • seperti dikutip dalam Zaadul Ma’aad
  • sehingga tidak halang Islam dengan aturan politik atau kekuatan material
  • beri kebebasan untuk memeluk Islam atau tidak. Tetapi tidak boleh musuhi Islam.
  • Islam akan perangi mereka yang musuhi Islam

Thursday 3 January 2013

MUKADDIMAH SURAH AL-ANFAL (1)



1.  Pendahuluan (m/s95-97)
  • Surah ini adalah surah madaniah sesuai dengan tata urutan mushhaf (al-Baqarah, Ali Imran, an-Nisaa' dan al-Maidah), bukan tata urutan turunnya.
  • Kerana urutan masa turun tidak dapat dipastikan hingga sekarang
  •  Surah al-Anfal diturunkan pada waktu perang Badar al-Kubra (2H)
  •  Ada pendapat surah ini diturunkan selepas surah al-Baqarah. Tapi ini bukan hakikat yang final
  •  Surah al-Baqarah tidak turun sekaligus. Dari permulaan zaman madinah hingga masa akhirnya
  •  Yang jelas, surah al-Anfal turun antara dua masa itu (9 tahun)
  • Maksud ulama surah ini diturunkan selepas al-Baqarah, ialah turunnya awal surah.
  • Perbincangan ayat makki –madani 
    • Menurut beberapa riwayat ayat 30-36 al-Anfal diturunkan di Mekah 
    • Peristiwa di Mekah sebelum hijrah 
    • Riwayat Abu Thalib : ayat 30 turun selepas ancaman kaumnya.  
    • Ibnu Katsir anggap ganjil kerana Abu Talib dah 3 tahun meninggal   
    • Riwayat ibnu Abbas  : Ayat turun selepas Rasulullah tiba di Madinah
      • Untuk ingat nikmat Allah dan cubaan yang menimpa 
      •  Riwayat yang lebih sesuai  dalam konteks al-Quran  
      •  Pendapat ayat-ayat surah ini sebagai surah Madaniah adalah lebih utama.

2.      Perang Badar Kubra dan Jihad
  • Surah ini turun pada waktu Perang Badar Kubra.
  • Perang ini menjadi  petunjuk yang besar dalam gerakan Islam dan sejarah manusia
  • Hari perang Badar sebagai “Hari Furqaan, hari bertemu dua pasukan…” (al-Anfal:41) 
    • Allah jadikan sebagai persimpangan jalan antara manusia di akhirat nanti.  
      • Hari Furqaan”, hari yang membezakan haq dan batil
  • Bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat 
  • Hakikat nilai pengajaran dari perang tidak jelas kecuali mengetahui  karaternya dan melihat salah satu putaran dari putaran jihad dalam Islam
  • Karakter jihad dalam Islam tidak akan diketahui sebelum mengenal Dinul Islam
  • Ibnu Qayyim menjelaskan masalah jihad dalam buku Zaadul Ma’aad (peringkat dakwah)
    •  Wahyu pertama adalah Iqra’            -------permulaan kenabian
    •  Kemudian 'yaa ayyuhal-muddathir'   -------menjadi rasul
      • Diperintah memberi peringatan kepada keluarga dekat, kaumnya, bangsa Arab, seluruh manusia di tanah Arab, lalu seluruh alam.
    • 10 tahun dakwah tanpa perang dan pungutan jizyah
      •   Diperintahkan supaya menahan diri, sabar dan memaafkan
    • Kemudian beliau diizinkan untuk berhijrah dan berperang
    • Setelah itu diperintahkan untuk memerangi orang yang memerangi beliau
    •  diperintahkan memerangi kaum musyrikin hingga ad-Din secara total milik Allah
  • setelah diperintahkan jihad, ada 3 sikap kaum kafir
    • Berdamai. Memenuhi penjanjian selama ada komitmen. Batal penjanjian jika khianat.
    • Berperang (kafir harbi)
    • Tunduk bawah pemerintahan (kafir zimmi) 


  • Surah Bara’ah jelaskan hukum 3 golongan ini
    • Perangi musuh dari ahli kitab sehingga mahu bayar jizyah atau peluk Islam 
    •  Perangi kaum kafir dan munafik dengan bertindak keras
    •   Perangi kaum munafik dengan argumentasi dan perkataan 
    •   Lepaskan perjanjian dengan kaum kafir

  •  3 golongan yang mengikat janji
    • Perangi mereka yang merosak penjanjian dan tidak konsisten
    • Penuhi penjanjian yang diikat waktu selama tiada rosak dan tidak membantu musuh 
    • Perjanjian mutlak 4 bulan kepada golongan yang tiada janji dan tidak perang

  •  setelah orang yang mengikat perjanjian memeluk Islam, tinggal 2 golongan 
    • muhaaribiin iaitu golongan yang memerangi muslimin 
    • ahli dzimmah iatu golongan tunduk kepasa pemerintah Islam

  •  sikap terhadap kaum munafik
    • terima pernyataan lahiriah dan serah urusan batin kepada Allah 
    •  perangi mereka dengan ilmu dan argumentasi
    • bersikap tegas dan sampaikan perkataan yang mengesan jiwa mereka
    • larang salat jenazah mereka
  •  ringkasan tahap-tahap jihad akan menampakkan sifat asli dalam manhaj gerakan Islam